Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

5 Tanda Awal Penyakit Jantung

Weeee~~nak share pasal info kesihatan lah.Penyakit yang sukar d jangka.Tak kira usia sekarang, risiko tak kira pada yang tua atau muda.

Penyakit jantung seakan menjadi penyakit yang biasa dihadapi masyarakat. Sebelum ia menjadi semakin parah, ada baiknya kita kenali tanda - tanda awal penyakit ini untuk melakukan pencegahan dan persediaan awal.

1. SAKIT DADA
Ia disebabkan sel - sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot - otot jantung.

2.SUKAR BERNAFAS
Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring. Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam - dalam dan keluarkan secara perlahan - lahan. Keadaan nafas yang sesak juga biasa berlaku pada malam hari.
Hal ini dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea atau kesukaran bernafas akibat kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.

3.KURANG SELERA MAKAN
Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang mengakibatkan berkurangnya selera makan.

4.SERING RASA LELAH PENAT
Rasa lesu dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

5.KERAP BUANG AIR KECIL
Intensiti buang air kecil yang kerap juga boleh menjadi simptomnya.Ia kerana cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, kawal pengambilan air pada waktu malam hari.


SHARING IS CARING.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah