Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Irma Hasmie Bertunang | Tahniah Reza Syah Azmeer Dato' Mohd Redzuan



Wee ~~ Akhirnya, setelah di landa pelbagai kontroversi percintaan. Irma Hasmie akhirnya bertunang. Sejuk jer mata memandang sejak Irma Hasmie berhijrah untuk memakai hijab. Satu perubahan positive yang amat baik sekali.

Irma Hasmie Diikat Sehingga Julai Ini 


Irma Hasmie selamat menjadi tunangan kepada ahli perniagaan Reza Syah Azmeer Dato' Mohd Redzuan , 31thn. Irma mengenakan busana biru ni sangat cantik dan pemilihan warna yang lembut sesuai dengan Irma. Busana ni di reka oleh Hatta Dolmat. Irma menerima sebentuk cincin berlian yang di sarungkan oleh bakal ibu mertua Datin Azizah Osman.

 

  

Irma juga menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah,persalinan dan set mandian. Pihak Irma turut berbalas hantaran sebanyak sembilan dulang seperti set mandian, persalinan, manisan, kek, sejadah, pencukur, buku-buku keagamaan dan sireh junjung.


Ini lah Tunangnya Irma Hasmie. #EhYeke

Irma dijangka bakal menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai 2012 .Tahniah2 di ucapkan! selamat pengantin baru in advance :))


sumber picture : rotikaya.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah