Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Siapa Pemilik Butik PenmerahDotCom


Assalammualaikum,



Dari seorang Blogger , buat bisness online dan kemudiannya join mana – mana festival untuk memperkenalkan produk jualan sendiri . Dan akhirnya , segala usaha dan penat lelah membuahkan hasil dengan terlancarnya Butik PenMerahDotCom di Bangi .




Siapa pen merah




YY bermula sebagai blogger secara suka – suka , semua kisah nak citer. Bila bermula nya mendapat pendapatan dalam dunia blogging hasil dari berkenalan dengan pemilik blog penmerah.com ( ingat lagi memula kenal masa preview filem dari Nuffnang ) . Dulu memang rajin join event Nuffnang . Dia yang banyak mengajar YY tentang blog . Apa yang patut ada , apa yang tak patut dalam blog . Maklum lah , memula blogging pun sebab nak tulis segala aktiviti . Kemain rajin lagi , dah macam diary . Selepas kenal dengan Anne semua nya berubah . YY mula menjana pendapatan dengan Blog . Syukur alhamdulillah , Anne bukan seorang yang kedekut ilmu . Dengan hasil blog jugak menampung semua perbelanjaan perkahwinan YY tanpa menggunakan simpanan . Itu YY rasa pencapaian yang agak baik . Walaupun YY blogger sendu jer .



Butik PenmerahDotCom

Masa nie kita orang lepak – lepak ngan Lisa Surihani event MyIcon . 
Siap kuar citer pasal kucing ( 2011 )


Ucapan untuk Belia dari Lisa Surihani - https://www.youtube.com/watch?v=r5hBwJbI4Jk

Sessi Borak dengan Lisa Surihani - https://www.youtube.com/watch?v=2BuaYU-IehI




YY tengok sendiri segala usaha , susah payah , jatuh bangun Anne untuk mencapai apa yang dicita . Dihina , di fitnah , di kutuk , di caci , di tipu . Semua nya dia dah lalui . Tak cukup tido , tak makan , jatuh sakit , di sisih keluarga ,.. semua nya tak mematahkan semangat Anne untuk mencapai apa diinginkan . Banyak kali Anne suarakan yang nak bukak butik . YY sentiasa menyokong dari belakang . Bukan senang nak mulakan sebuah perniagaan , untuk membuka sebuah butik dengan semua modal atas diri sendiri . Tanpa share partner . Segala modal dari hasil blogging . Kagum kan .




Butik PenmerahDotCom

Dulu kami selalu travel untuk blog bersama . ( 2012 )

Now memasing dah kurang dalam blogging . Kecuali YY dan ruby .

Nurul Siezuka , Ziera Zain , Mejah , www.ruby.my , www.penmerah.com , YY .
( Majlis pertunangan Ruby )




Seorang yang tidak kedekut ( murah rezeki ko yunk ) , peminat kucing . Sanggup tue beli kucing dari Ukrain . Dah ler kucing comel gebu gebas . Geram kot tengok . Korang kalau teringin nak pelok n gomol – gomol kucing comel Anne , boleh sesaje ke Butik kat bangi . Memang Anne angkut sekali kucing nya . Boleh jadi penyeri butik tau .



Butik PenmerahDotCom

Kak RedMummy , YY ( mengandung 6 bulan ) , Namee Roslan , Anne
Di majlis Perkahwinan Cik Epal




Fanpage PenmerahDotCom yang kini dah sampai 5Million memang sangat ohsem . YY sendiri tengok macam mana usaha yang dilakukan untuk menaikan fanpage . Masa tue YY pun sesama , tapi tak tercapai dengan usaha Anne . Fanpage YY cuma 100K++ jer . Meh ler korang follow fanpage YY . Hahhahaha, tetiba nak promote fanpage sendiri .


Pen Merah


Kelly , Anne , YY

( Test Drive Honda Civic Hybrid )





Hoi , panjang gilerrr intro . Padahal YY nak citer pasal butik yang baru bukak kat Bangi . Tetiba tercerita pasal Pemilik Butik plak . Nampaknya , citer pasal butik next entri lah . Kang citer pepanjang , korang bosan pulak .




Butik PenmerahDotCom

Casio Baby-G Blogger

Arwah Ami Schaheera , YY , Anne










Coretan buat hang Anne ,

Tahniah Yunk . Dah agak hang boleh buat . Segala penah lelah hang dah terhasil . Moga makin murah rezeki dan perniagaan semakin maju . Sila pandang ke depan . Jangan nak “hantuk kepala kat bucu dinding yang siap ada gerigi tue “ . Dugaan perniagaan nie boleh tahan jugak , jangan cepat putus asa tau .




P/S : Hoi , sapa hiris bawang nieeee ( touching ) . 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah