Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Boat Noodle Bukan Sekadar Mee

Assalammualaikum ,



Sebenarnya dah lama bebenor YY teringin nak makan Boat Noodle nie . Semua gegara ada jer kengkawan yang up dekat intagram duk makan bermangkuk – mangkuk Noodle . Bila ada peluang untuk merasa sendiri , memang teruja tahan gaban lah . Cam biasa , bff YY Qaireen peneman setia . Walaupun x dapat nak makan dan merasa sama , tapi tetap jadi teman setia .




Tapi , untuk korang yang kureng dengan mee , jangan risau . Sekarang  kat Boat Noodle dah ada menu baru yang pelbagai . Nasi ada , Daging ada , Ayam ada . Eh memacam lah ada . Meh YY nak tunjuk dengan korang menu baru di Boat Noodle yang boleh buat korang terliuq .



Boat Noodle Sedap - Thai Popeye's Tempura

Thai Popeye’s Tempura ( RM 6.90 ) –
Sayur bayam di goreng bersama tepung rangup . Sedap weei . Cicah plak dengan sos “Soot-Yot” . Rasa masam – masam pedas .




Boat Noodle Sedap - Yum Mama

Yum Mama ( RM 8.50 ) –
Mee Segera Thai classic dimasak bersama hirisan sausage ayam , crab stick dan sayuran .




Boat Noodle Sedap - Yum Woon Sen

Yum Woon Sen ( Rm 13.90 ) –
Buat pengemar Seafood . Ini sangat recommended . Ada sotong , udang , ketam dan Woon Sen ( bihun ) .
Pedas . Masam . Sedap .




Boat Noodle Sedap - Yum Meatball

Yum Meatball ( Rm 8.90 ) –
Meatball dengan sos Thai .




Boat Noodle Sedap - Bangkok Omelet

Bangkok Omelet with “Sood Yut ( RM 11.0 ) –
Ini pasti mengenyangkan . Nampak macam Nasi pataya . Makan plak dengan sos yang ohsem tuee .




Boat Noodle Sedap - kra Pow Chicken Rice

Kra-Pow Chicken Rice ( RM 11.90 )
Paling sedap . Paling YY suka . Memang kena dengan selera . Pedas , masam , dan kenyang . Disediakan dengan ayam cincang , telor goreng dan nasi yang sangat lembut dan wangi . ** maaf gambar goyang sikit . Nampak sangat tak sabar nak makan .





Ini menu baru . Menu yang dah sedia ada pun masih menjadi pilihan ramai . Terutamanya Boat Noodle . Hidangan yang comel . Comfirm makan bermangkuk – mangkuk . Kalau ikut rekod , paling banyak seorang pernah makan sampai 77 mangkuk . Dahsyat kan .



Boat Noodle Sedap

4 mangkuk tengah standby untuk di ngap .



Boat Noodle Sedap - Chicken Wings

Chicken Wings – RM 4.90



Boat Noodle Sedap

Semangkuk cuma RM 1.90 . Agak – agak berapa mangkuk boleh habis eh .



Boat Noodle Sedap

Boat Noodle - Ada 4 rasa yang berlainan .




Dah makan beria , tak nak minum ke . pelbagai jenis air ada kat sini . Pilih jer yang menjadi minat korang .

Boat Noodle Sedap

Pelbagai jenis air


Boat Noodle Sedap

pilihan YY – Iced Blended Thai Green Tea ( RM 8.90 )



Boat Noodle Sedap

Desert – Ka Num Tuay ( 1 set 2 pcs ) – RM 1.00



Pokok pangkal nya . Memang tak sia – sia YY verangan nak makan kat Boat Noodle nie . Puas hati . Makan sedap , air dia lagi lah sedap . Banyak dah cawangan Boat Noodle nie . So, lagi banyak pilihan mana korang nak terjah .



Boat Noodle Sedap

Bff ibu – Peneman setia kemana – mana . Nur Qaireen Iman .




Boat Noodle Sedap

Qaireen pun teruja nampak Grill Chicken Meatball . Sabar sayang , awk tak cukup umur lagi nak makan .




Boat Noodle Sedap

Cam biasa . Jumpa makanan . Amik gambar dulu . Hahhahaha. X memasal camera yang makan dulu .




Terima Kasih banyak kepada Boat Noodle cawangan Berjaya Times Square . Puas hati dapat makan sedap . Balik dengan senyuman walaupun keletihan x cukup tido .



Cawangan Boat Noodle
  1. Empire Damansara, G03a, Heritage Lane
  2. The School at Jaya One, P2, Same floor as Cold Storage
  3. Ikon Cheras, G Floor 
  4. Berjaya Times Square, Level 2
  5. Publika, Block C5, Level G3, Lot 30a
  6. Sutera Mall, Johor Bahru, L2-550C
  7. Gamuda Walk, Kota Kemuning
  8. Klang Parade, 5th Floor
  9. D'Pulze Cyberjaya


Boat Noodle Sedap




Instagram : Boat Noodle





P/S : Tengah plan nak pergi Boat Noodle lagi . Bawak En. Abah plak .






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah