Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Ranking Calon Simpanan Penolong Pegawai Tadbir N27 | spa.gov.my

Assalammulaikum,



Selepas berjaya sebagai calon simpanan Penolong Pegawai Tadbir N27 , mesti lah kita tak sabar nak tau bila lah nama kita nak naik untuk menjadi calon tetap . Mesti ramai kan menaruh harapan termasuk lah YY . Dengan harapan Jawatan dapat tapi xmo jejauh . Payah jugak kalau kena pindah jejauh , banyak jugak nak kena fikir .



Korang kena faham , calon simpanan kalau nak dapat jawatan tue kena tunggu giliran . Ikut ranking dan markah masa korang interview . So, tunggu lah sehingga nama korang naik . Nama korang di simpan oleh pihak SPA , tapi jawatan di beri oleh pihak JPA . Contoh , ada jawatan kosong N27 sebanyak 50 orang di dalam beberapa Jabatan . Nanti JPA akan mintak nama dekat SPA . SPA akan bagi nama mengikut ranking teratas . Dan surat tawaran akan dikeluarkan oleh JPA .



Haaaaa, korang faham x penjelasan YY nie ?? x Faham korang leh email YY tanya . Hahahahhaha, kemain ko email bagai . YY dah biasa jadi kaunter pertanyaan .



Camne nak tau ranking korang ?? Meh nak tunjuk .




1. Log in di www.spa.gov.my dan klik di bahagian Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam .

Ranking Calon Simpanan SPA






2. Masukkan ID dan Password .

Ranking Calon Simpanan SPA 1






3. Kemudian Ke SEMAKAN PERMOHONAN.

Korang akan nampak ranking jika korang adalah Calon Simpanan .


Ranking Calon Simpanan SPA 2





Korang nampak tak ? Calon Simpanan untuk gred N27 adalah 7000 . Ya Ampunnn , ramai gilerrrr . Dah tue , ada expired . Kalau korang tak dapat tetap sampai tempoh sah simpanan , nampak nyer kena lah YY pergi interview lagi . Calon punya ramai , tapi ada tempoh sah . Acamne tueee. Tak faham kan . Harap – harap ada lah rezeki YY kali nie . Dedengar nya setahun ada 4 kali jer JPA buat perjawatan untuk N27 nie .






P/S : Berharap .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah