Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Blogger perang Lasertag @ Laser Warzone Wangsa Walk

Assalammualaikum,


Walaupun laki iolss seorang yang bertugas untuk menjaga keamanan negara . Tapi iolsss tak pernah lah pi perang nie . Merasa pengalaman perang pun tak pernah . Nak pegang senapang ? pistol ? lagi lah tak pernah . Sebenarnya pernah ada peluang tahun lepas bila BAKAT buat latihan menembak . Tapi sayang tak dapat nak join sebab masa tue tengah mengandungkan Qaireen .



So, bila satu malam yang dingin . terima WhatsApp dari ibu Nadia ajak main lasertag . Dalam hati , alamakk matikkk lah kena berlari . Hahhahaha, dasar pemalas tak nak lemak cair . Penat wei kumpul lemak . Padahal dalam hati sentap diri makin gemuk . Tapi sebabkan teruja x pernah sebenarnya main lasertag terus jer setuju tanpa bertanya En. Abah . kalau En.Abah takmo join . lagi matiii lah dah rsvp kan.

Lasertag Warzone Wangsa Walk


Dan tak sangka plak En. Abah pun teruja jugak . Maklumlah , keje macam dia yang biasa dengan latihan perang , memang lain macam dia punya semangat . Dedua semangat nak main , memang tak ler duduk satu team . Sebab nak kena gegilir jaga anak . Dah ler masa nak gerak pun Qaireen macam moody sebab nak tido . Tak memasal sampai lambat sikit dari masa yang ditetapkan . Walupun dari rumah nak ke Wangsa Walk tak sampai 10 minit pun dia punya dekat . Tapi bila anak moody , boleh tergendala program .


Lasertag Warzone Wangsa Walk

Qaireen manja ngan Abg Ezy Smile


Sampai jer dah ramai kot ada . Meriah dengan kehadiran blogger . Dah macam reunion ko . Dah sesiap ada team memasing . Punya lah sehati sejiwa bila undi boleh plak tersama group dengan En. Abah . kang dedua main ,sape pulak nak jaga anak kan . So, tukar team YY team 6 dan En. Abah team 1 .


Lasertag Warzone Wangsa Walk

Arena Perperangan – pict credit to Boni kacak .



Walaupun Lasertag nie tak 'seganas' paintball . Tapi tercungap gak ko nak berlari dalam medan perang . Dapat pulak perangai memasing teruja nak menembak dengan laser dedepan . Maklum lah markah lebih kot kalau dapat tembak lampu kat dada . menusuk ke jantung gitue bila di tembak . Hahhahahhaha . Drama sangat . Padahal penat jerit jer lebih bila kena serang dedekat , menjerit sambil tutup dada. Lawak sungguh lah .



Lasertag Warzone Wangsa Walk

bagi sokongan kat team En. Abah yang ‘berperang’ dulu .




Lasertag Wangsa Walk

Team 6 , sorang jer hero .




Merasa gak lah dalam medan dalam 4 kali gitue . Penat tapi seronok . Macam dah lama pulak tak peluh2 kan diri . Selalu nak duk tempat sejuk jer , bila berpeluh sakan memang terbaik lah . En. Abah yang tengah diet pun seronok dapat keluar peluh . kami sesama first time main lasertag . Keterujaan tue lain macam sikit .



Lasertag Warzone Wangsa Walk

semangat memasing buat persediaan .




Akhirnya , team YY dan En. Abah x menang pun . X kisah lah menang ke kalah , pengalaman tue penting . Ingat senan ko nak berlari dengan pakai baju berlampu dengan cahaya yang agak romantik . Silap langkah boleh tersungkur tau .





Terima Kasih banyak pihak lasertag Warzone Wangsa Walk . Seronok gilerrr dapat berkumpul dan 'berperang' dengan blogger . Hilang ayu dah berlari , menjerit bagai . Nasib tempat gelap . Walaupun YY tak lari sangat , banyak menyorok tapi tetap kena serang . Berdebar hati wei . paling jahat Boni Kacak dengan Ujang . kemain tau serang kita dan tembak bertubi - tubi . Siap cakap iolss lubuk markah . Hhahahhahaha, memang giler kejam .

Lasertag Wangsa Walk

Kita boleh tengok yang berperang melalui Screen kat Luar . 




Keputusan perperangan antara Blogger di Laser Warzone Wangsa Walk .
  • Tempat Pertama    : Team 5
  • Tempat Kedua      : Team 4
  • Tempat Ketiga      : Team 3
  • Tempat Keempat  : Team 6
  • Tempat Kelima     : Team 2
  • Tempat Keenam   : Team 1




Korang kalau nak buat games kat Lasertag nie memang di alu - alukan . Boleh buat birthday party sambil perang - perang . Ada pelbagai pakej yang laser Warzone sediakan . Kalau tak ramai geng nak main , boleh jer amik single pakej seperti  RM20 - 1 Game , RM32 - 2 Games , RM42 - 3 Games ataupun unlimited RM60. Ada gak pakej murah untuk student .



Pertempuran Laser Tag Blogger Di Laser Warzone



Laser Warzone  Ecurve Damansara
2nd Floor Ecurve Damansara
03-7733 1335


Laser Warzone Wangsa Walk
2nd Floor Wangsa Walk Mall Wangsa Maju,
03-4131 0006


Laser Warzone Gurney Plaza
4th Floor Gurney Plaza Penang.
04-229 9973



FACEBOOK
Instagram:
www.instagram.com/laserwarzone





P/S : Seronok jugak bila ghatering kuar peluh camginie . 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah