Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Baik Punya Cilok versi Teater di Istana Budaya | Lawak Weiiii !!!!


Assalammualaikum,



Nak menyeruuuu kepada korang peminat teater . Teater Baik Punya Cilok WAJIB korang pi tengok . Giler lawaaaak wei . Korang pun tau teraju utama hero malaya seperti Hans Isaac , Awie , Afdlin Shauki dan AC Mizal dah berkawan lama . Serasi bersama gitueee. So, lawak diorang memang sampai dan bila bab dialong mengenakan memasing tue memang menjadi sungguh .



Teater Baik Punya Cilok Best



Teater Baik Punya Cilok Best




Selepas 10 tahun Filem Baik Punya Cilok, Teater pulak muncul . Walaupun 2 seniman yang turut berada di di dalam Filem telah pergi menyahut panggilan Ilahi iaitu Arwah Harun Salam Bachik dan Din Beramboi . Al-Fatihah . Semangat untuk bikin teater harus di teruskan . Sebenarnya dalam banyak - banyak filem yang di hasilkan oleh Afdlin Shauki , Baik Punya Cilok di pilih setalah undian di buat melalui media sosial . Antara filem yang telah dicalonkan adalah Pontianak VS Orang Minyak, Lemak Kampung Santan, Papadom, Sumolah, Buli dan Baik Punya Cilok. Pada masa sama, Afdlin yang merupakan pengarah asal dan penulis skrip filem tersebut turut diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab yang sama bagi pementasan itu.




Teater Baik Punya Cilok Best




Sinopsis.

Kisah lucu 4 orang sahabat, Aben, Bob, Jerry dan Wak yang berpakat untuk merompak Tauke Wong, seorang tauke kedai pajak, bagi mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak yang telah dipajakkan ketika Wak mahu mengahwini Nazatul. Menyedari nilai keronsang itu begitu tinggi, Tauke Wong tidak mahu menjualkan kembali kerongsang tersebut, lalu menaikkan harga bunganya berganda. Wak tidak mampu membayarnya.



Teater Baik Punya Cilok Best



Teater Baik Punya Cilok Best



Dalam keadaan yang terdesak, 4 sahabat itu merancang untuk merompak Tauke Wong, hanya kerana untuk mendapatkan kembali kerongsang tersebut. Lagaknya seperti Robin Hood abad baru. Leman mendesak agar mereka mengajar Tauke Wong dengan merompak apa sahaja barang yang ada di kedai pajak itu. Sahabat yang lain tidak bersetuju dengan ide Leman kerana mereka sebenarnya bukanlah pencuri dan jauh di sudut hati, mereka sebetulnya takut dengan akibat yang bakal menimpa. Namun, Leman kemudiannya telah menarik diri di saat akhir.

Teater Baik Punya Cilok Best



Teater Baik Punya Cilok Best



Rancangan harus diteruskan dan persiapan rapi diatur. Setelah melakukan beberapa siri latihan, perbincangan dan strategi, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba bagi membuktikan kejantanan mereka. Tanpa diduga, kejutan telah menanti mereka di kedai Tauke Wong. Kedai tersebut telahpun dirompak terlebih dahulu oleh orang lain! Lebih malang lagi mereka berempat yang terpalit lumpurnya. Dengan sarung kaki wanita sebagai topeng dan timun serta terung yang dibalut bagi menampakkan seperti senjata, mereka telah ditahan polis ketika di kedai Tauke Wong, atas cubaan merompak. Hanya Jerry yang terlepas kerana berada di dalam kereta yang bakal mereka gunakan untuk melarikan diri. Kawan-kawan yang berada di lokap mula mencurigai Jerry. Ini kerana Jerry mempunyai beban hutang akibat suka berjudi. Namun begitu, Jerry jugalah harapan kawan-kawannya untuk membuktikan yang mereka tidak bersalah dan seterusnya mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak.



Teater Baik Punya Cilok Best



Teater Baik Punya Cilok Best




Teater Baik Punya Cilok Best




Teater akan berlangsung dari 24 April 2015 hingga 3 Mei 2015 . Hanya 9 pementasan . Ada masa lagi kalau korang nak pi menonton .



Tiket boleh dibeli di www.ticket2u.biz , di kaunter box-office Istana Budaya atau boleh hubungi talian 03 4253 2241.




Harga tiket bermula dari RM56, RM85, RM110, RM140, RM160, RM190.



Teater Baik Punya Cilok Best

Sidang Media Teater Baik Punya Cilok .



Teater Baik Punya Cilok Best

Bersama Kak Vee memegang watak polis . Eh PhotoBoom dari Kinwah lah .




Teater Baik Punya Cilok Best

Seronok Ayu dapat Jumpa Abang sado Hans Isaac .







P/S : Teringat zaman memuda dulu berlakon teater . Rinduuu pulak zaman ronggeng .




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah