Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Resepi Apam Balik Mudah dan Sedap

Assalammualaikum,



Teringat masa arwah ayah masih hidup . Masa arwah dah mula sakit- sakit . Ada lah dia teringin nak makan apam balik . Time teringin pulak mencarik tak jumpa . Boleh pulak pasar malam pun xde jual . Selalunya bila xnak , ada ajer depan mata orang jual apam balik .



Masa tue masih belajar . So takde lah istilah masak memasak nie . Agak – agak time tue kalau YY reti lah nak mengoogle dan memasak . Mesti dah buatkan apam balik untuk arwah ayah . Geram kot , time kita nak takde pulak yang jual .



Kebetulan YY ada lah jumpa Resepi Mudah buat Apam Balik kat facebook . Kemain semangat balik keje beli bahan . Tapi makan bulan jugak baru buat . Nasib bahan tak basi . Dasar suka buat keje bertangguh kan .



Bahan – Bahan Apam Balik Mudah .

1. Tepung Gandum

2. Gula

3. Sebiji telor

4. 1/2 sudu the Soda Bikarbonat

5. 1 sudu the baking powder

6. Air Masak

7. Pewarna Kuning ( jika ada )





Bahan – Bahan inti .
1. Coklat chip

2. Jagung Manis dalam tin

3. Kacang tumbuk

4. Gula



Cara – cara membuat Apam Balik

1. Blender gula dengan telor hingga kembang.

2. Masukkan air dan blender lagi .

3. Masukkan tepung gandum , Soda Bikarbonat dan Baking Powder .

4. Masukkan pewarna Kuning ( jika ada ) . Takde pun takpe .



Resepi Apam Balik Mudah dan Sedap

5. Bancuhan siap . Panaskan kuali .




Resepi Apam Balik Mudah dan Sedap

6. Tuangkan sesenduk bancuhan ke dalam kuali . Kalau nak rangup bleh letak nipis-nipis .




Resepi Apam Balik Mudah dan Sedap

Inti Coklat Chip



Resepi Apam Balik Mudah dan Sedap

7. Biarkan masak seketika , kemudian baru taburkan bahan inti . Ikut Bahan inti yang korang ada. YY tak tabur gula sebab bancuhan apam balik dah termanis . So letak coklat chip dan jagung manis jer . YY buat 2 rasa . Kacang pun x bubuh sebab lupa nak beli . Kalau ada kacang lagi sedap kan .



Resepi Apam Balik Mudah dan Sedap

8. Bila dah masak , lipat dan angkat .



Siaaaaaaaap . Makan panas – panas sedap wo . Nak bagi idea , korang boleh jugak letak inti cheese . Memang YY giler betul Apam Balik Cheese . Sedap weeeiiiii . Puas hati . Korang cuma letak Cheese jer sebagai inti . Xyah nak letak gula dan kacang . Memang thorbaiiiikkkk .



YY mula buat sikit jer , sekali En. Abah kemain laju pulak duk makan . Tak memasal buat lagi , lagi dan lagi. X cukup satu . Ada sampai 5 keping dia blasah sorang . Haiyoooo !!! , bini dia makan dua jer dah kenyang kot .




P/S : Ada masa korang try lah buat apam balik sendiri . Jimaaaaat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah