Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Trivia Ponti vs Omi



Assalammualaikum,

Lepas Ucapan Johan untuk korang tentang Filem Pontianak vs Orang Minyak. Jom korang layan dulu Trivia tentang Filem arahan Afdlin Shauki nie. Sebelum YY akan mereview secara penuh. Layanssss.





1.       Pekan Kampung Puaka yang merupakan latar tempat di dalam filem ini telah dibina khas 
        di Kemensah.

2.       Solekan seekor Pontianak mengambil masa selama dua jam menggunakan latex yang 
         ditempah khas dari luar negara.

3.       Lagu tema Pontianak VS Orang Minyak telah dinyanyikan oleh Johan sendiri dan liriknya    
        ditulis oleh Pacai.

4.       Filem ini merupakan filem ke 12 yang telah diarahkan oleh Afdlin Shauki.

5.       Penggambaran mengambil masa selama 32 hari.

6.       Johan dan Nabil merupakan pelakon utama filem ini.

7.       Filem komedi seram pertama tulisan dan arahan Afdlin Shauki.

8.       Lokasi utama filem ini bertempat di Kemensah, Ulu Langat dan Gua Damai di Batu  
        Caves.

9.       Turut menjayakan filem ini ialah Harun Salim Bachik, Sharifah Shahirah, Sharifah Amani, 
        Khir Rahman, Lana Nordin, Adibah Noor dan Afdlin Shauki sendiri.

10.   Hampir 20 orang pelakon tambahan disolek menjadi Pontianak dan Orang Minyak.



11.   Noh Hujan dan Dr. Azizan membuat penampilan khas di dalam filem ini.

12.   Pelakon-pelakon yang menjadi Oang Minyak telah dicat dan disembur menggunakan    
        cecair yang ditempah khas untuk keselasaan kulit.

13.   Menampilkan bakat baru, Isma Hanum dan Nur Atirah sebagai anak kepada Adibah Noor 
       dan Tepet Raja Lawak sebagai Pakok iaitu pembunuh Pontianak.

14.   Vanidah Imran, Dira Abu Zahar, Ozlyn Watie, dan Mak Jah turut membuat penampilan 
        khas di dalam filem ini.



15.   Krew dan para pelakon terpaksa mendaki 172 anak tangga untuk ke set gua Orang 
        Minyak yang terletak di Gua Damai di Gombak.

16.   Nabil merupakan pelakon lelaki pertama yang melakonkan watak sebagai Pontianak.

17.   Suntingan pertama filem ini berdurasi selama 4 jam setengah.

18.   Nabil dan Johan melakonkan hampir keseluruhan babak aksi sendiri.

19.   Ini merupakan pengalaman pertama Fizz Fairuz berlakon di bawah arahan Afdlin Shauki.








1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah