Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem Sepah The Movie | Lawak Tauuuu !!!

Assalammualaikum,

Weee ~~~ semua tahu sape kumpulan Sepah kan. Kumpulan Sepah yang wujud hasil dari rancangan realiti Raja Lawak. Dan Kumpulan Sepah berjaya menjadi JUARA ketika itu. Tahniah, dan kumpulan Sepah memang layak menang ketika itu.

Hasil dari kejayaan Kumpulan Sepah di dalam Raja Lawak dan kemudiannya di Maharaja Lawak, akhirnya terhasil lah sebuah Filem yang bertajuk Sepah The Movie yang bakal menerjah panggung pada 29 November 2012 . Filem yang di lakonkan oleh Kumpulan Sepah sendiri yang terdiri daripada Jep , Shuib dan Mamat. Heroin nya di bintangi oleh Anzalna Nasir  



Sinopsis :
Sepah gelak geli jejaka cross, menceritakan tentang ragam tiga lelaki berstatus bujang yang bergelar pekerja kilang elektronik di sebuah kilang berhampiran pekan kampung mereka, dan mereka terlalu obses pada motor cross.
Sepah yang berkawan rapat serta mempunyai hobi yang sama sejak kecil lagi, terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka, semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama “Ayu sofea”, yang mana bertugas di bahagian kawalan kualiti di kilang elektronik tempat mereka bekerja.


Maka berlaku, strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati “Ayu sofea”. Gadis yang berkacukan melayu bugis itu sangat pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan karenah dan juga ragam tiga bujang sepah. Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi. Namun semuanya gagal.


Kegagalan tiga bujang itu memenangi hati “Ayu sofea” adalah puncanya disebabkan oleh kemunculan seorang pengurus baru di dalam kilang tersebut yang bernama “Based”. Based yang berlatarbelakangkan pendidikan luar negara serta berketurunan anak orang berada sangat mudah menghampiri Ayu Sofea dengan penampilan serta imejnya.
Situasi ini disedari oleh tiga lelaki bujang cross itu,dan telah melahirkan suatu sifat cemburu dan sakit hati.Kebetulan “Based” juga adalah penggemar motor cross dan mempunyai pasukannya sendiri.Maka dengan sifat lelaki jati,tiga lelaki bujang sepah itu mencabar pasukan based didalam suatu perlumbaan sihat.




Perlumbaan yang berlangsung disebuah ladang kelapa sawit dan telah mengundang kemalangan pada salah seorang tiga sahabat baik itu,iaitu Jep.Tiga lelaki bujang sepah menerima sindiran dan juga ejekan dari pasukan “Based”..
Tiga sekawan bujang sepah menyedari akan kesungguhan salah seorang dari mereka pada ayu sofea,iaitu jep.Mamat dan shuib mengalah dan bertekad membantu jep mendapatkan Ayu sofea Strategi yang licik diaturkan mamat dan shuib untuk memenangi hati ayu sofea pada jep.Namun apabila strategi ingin bermula sahaja,muncul based menjadi penghalangnya.
“Ayu sofea” menyedari bahawa Jep sangat cintakan ia,hinggakan jep sanggup melakukan segala-gala untuk memenangi hati ayu sofea.Namun ternyata based lebih bijak mengatur strategi.Based meminang ayu sofea dan peminangannya diterima keluarga ayu sofea,memandangkan kedudukan keluarga Based menyakinkan keluarga ayu sofea.
Situasi ini mengundang kecewa yang teramat sangat pada Jep serta sahabat rapatnya shuib dan mamat. Dua lelaki bujang sepah ini di dalam dilema apabila melihat keadaan Jep sudah tidak seperti dahulu.Shuib dan mamat mengatur strategi untuk mengembalikan keceriaan jep, namun semuanya gagal.


Jep dengan hati yang membara telah menemui keluarga ayu sofea memohon agar diputuskan talian pertunangan diantara Based dan Ayu sofea. Situasi ini melahirkan keadaan yang amat memalukan apabila Jep diherdik keluarga ayu sofea diatas tindakannya.Jep kecewa.Based dan pasukannya merasakan bahawa jep sudah melampau dan perlu diajar. Based mengajak Jep dan mamat serta shuib berlumba dengannya.Jep menyahut cabaran dan perlumbaan diadakan sekali lagi di ladang kelapa sawit.Kali ini perlumbaan dimenangi tiga bujang sepah, namun shuib mengalami kecederaan sewaktu berlumba.
Ketahui kisah selanjutnya dalam Sepah The Movie.




Trailer :




Review :
Sape yang pernah tengok lawak Sepah, memang comfirm lah korang tahu camne kelakar nya Kumpulan Sepah kan. Memang terbaik , tambahan lawak dari Jep dan Shuib. Kumpulan Sepah memang ada kekemiaan yang bagus. Lawak diorang memang menjadi . But si Jihan Miskin yang jahat, memang boleh mendatangkan sakit hati. Sesuai lah citer ni mampu menerbitkan pelbagai rasa, kelakar , sedih , geram semua ada lah. Kisah persahabatan yang ditonjolkan akan buat kita rasa , owhh betapa bernilainya sebuah persahabatan. Jangan di sebebabkan perempuan, kita nak bergaduh dan berpecah-belah dengan kawan yang mungkin kita dah kenal lebih lama. Apa lagi uolsss, pi lah terjah panggung. Kalau nak release tension, pi menonton dan enjoyyyy !!!


4 / 5 Bintang

***********************************************************

Gambar sekitar malam preview kepada Media dan Bloggers.










P/S : Jom menonton Wayang :)

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah