Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem Pontianak vs Orang Minyak



Assalammualaikum,

Wee ~~ hai korang. Hari nie YY nak review Filem yang YY berkesempatan ke Majlis Tayangan Ekslusif dan Sidang Media. Sebelum tue korang dah tengok belum ucapan Johan Raja Lawak untuk korang dan Trivia tentang Filem Pontianak vs Orang Minyak nieee.




Sinopsis Pontianak VS Orang Minyak
Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita. Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk  menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau. Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka. Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu. 

Johan sebagai Orang Minyak

Nabil sebagai Pontianak


Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur. Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.





Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri  dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.



Apa akan jadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan jadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati? 


TRAILER .




Review :
Kalau dah pelakon utama pelawak, harus lah citer nie lawak kan. Mana tak nya, pontianak lelaki , mana pernah ada kan. Memula citer dah mula kelawakan nya. Tapi kekadang ada part yg macam bosan sikit lah. Tapi dialog2 yg double meaning banyak jugak dalam Filem nie. Kira antara korang faham dengan x faham jer lah. Watak Johan sebagai Orang minyak bagi YY macam tak puas hati sikit. Sebab sikit sangat watak Johan yang bagi kita gelak besar. Tak tahu lah kalau terikat dengan skrip kan. Nampak watak Nabil sebgai pontianak lebih menonjol. Dan bagi YY, kalau guna bahasa melayu biasa mesti lagi best kot, sebab bahasa yang digunakan dalam Filem nie adalah Bahasa Melayu lama, cam zaman P.Ramlee tuee. 

3.5 / 5 Bintang.


So, kalau ada peluang jangan lupa jengah panggung bermula 22 November 2012 . Kosong kan fikiran, lepak dan santai ketika menonton. Hiburan ringan yang boleh di tonton.










7 comments:

  1. aduiiii...ingat cecah 5/5 bintang yy :P

    ReplyDelete
  2. mungkin sbb guna bahasa melayu lama tu yg kurang lawak?
    nak tgk gak lah nanti.. hehehe

    ReplyDelete
  3. nak kena tgk sendiri ni baru dapat nilai best ke tak..sebab ramai cakap tak best filem ni..

    ReplyDelete
  4. Owhh..tgk poster cam takut je nak nengok cite ni.maklumle akak takut nengok cite berunsur kehantuan nih.rupanye cite lawak ek..bole dipertimbangkan utk menonton.klau lagi sabar akan tonton di astro je thun akan dtg gitu..hehe

    ReplyDelete
  5. macam lawak je cerita ni..nak kena tengok jugak ni..

    entry terbaru : Dua Kemalangan Dalam Tempoh 1 Hari

    ReplyDelete
  6. Seriously tak lawak langsung. Teramat membosankan. Awak terlalu baik kasi 3.5/5 saya kasi 1/5. I would have expected better from Afdlin shauki. Walaupon ada ramai pelakon handal dlm cerita ni, tetap ceritanya tak bagos.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah