Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Sistem Solar PV pertama Petronas | Jimat Tenaga



Assalammualaikum,

Wee ~~ nak tanya korang nie. Korang tahu kah apa itu tenaga solar. Haaa, mungkin ada yang tak tahu kan. Tenaga Solar nie adalah tenaga yang kita dapat dari cahaya Matahari. Penggunaan Tenaga Solar mampu menjimatkan penggunaan kuasa elektrik. Ibarat macam, kita guna elektrik dari sumber cahaya matahari. Kan  jimat banyak tuee, sebab matahari percuma.

Jadi, YY rasa bertuah sangat berpeluang menghadiri perasmian Sistem Solar Photovoltaic ( PV ) di roof-top Suria KLCC baru-baru nie dan melihat sendiri PV yang telah dipasang.  Ada beberapa Blogger yang YY kenal pun ada jugak. 




So, dengan ada nya kelebihan dalam penggunaan tenaga Solar, Petronas dengan kerjasama Mitsubishi Corporation telah membina Sistem Solar Photovoltaic ( PV ) yang terbesar di atas bumbung sebuah pusat beli-belah di Malaysia, iaitu ditempatkan di bumbung Suria KLCC. Sistem nie telah di lancarkan oleh Menteri Tenaga , Teknologi Hijau dan Air YB Dato' Sri Peter Chin Fah Kui dan turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi dan Hiliran Petronas Naib Presiden Eksekutif, YBhg Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC Holdings Sendirian Berhad dan Pengerusi Suria KLCC Sendirian Berhad, Encik Hashim Wahir dan Naib Presiden Kanan Mitsubishi Corporation , Encik Kazuyuki Mori.

VIP yang Hadir.

Perasmian oleh Menteri





Sistem PV ini di pasang dengan keluasan 9,000 kaki persegi dengan kapasiti puncak 685 kilowatt. Pemasangan dimulakan pada April 2011 dan mengambil masa hanya 9 bulan untuk disiapkan. Telah memulakan operasi pada Februari 2012 dan mampu menjanakan  lebih 600 Megawatt sejam tenaga solar secara tahunannya ya itu kuasa sehingga 250 isi rumah . Ia kini mampu membekalkan kira-kira 30% daripada keperluan tenaga di Suria KLCC.

Sistem PV di bumbung Suria KLCC


Lawatan oleh Menteri dan pihak Media

Punya kilat, boleh nampak bayang menara berkembar

Sistem PV



Dan yang best nya, sistem panel solar  telah dipasang dalam corak yang mengikuti seni bina Islam dan songket elemen-elemen reka bentuk tradisional motif yang biasa untuk Menara Kembar PETRONAS. Ini jelas boleh dilihat dari Menara Kembar PETRONAS dan bangunan pencakar langit di sekitarnya.

Pemandangan dari Bumbung Suria KLCC

Posing jugak, bukan senang nak sampai tempat terlarang nie.


Pemandangan dari menara berkembar, unik kan ??




Yeeaaah, bagus kan usaha Petronas nie. Yerlah, benda baik yang mampu mengurangkan gas rumah hijau. Kira udara pun bersih lah dengan pengurangan kira - kira 360,000 kilogram karbon dioksida CO2 setahun. 

Kami lah Blogger Bertuah yang dapat melihat sendiri Sistem PV niee
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah