Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | Filem Untuk Tiga hari–Sinopsis dan Trailer

Assalammualakum,

Yuhuuu, hai uols. Hari tue kan YY berpeluang ke Malam Gala Filem terbaru Arahan Afdlin Shauki bertajuk “Untuk Tiga Hari” . Filem yang di terbitkan oleh Tarentella Sdn Bhd. yangtelah menerbitkan Filem Lagenda Budak Setan dan Ombak Rindu. Filem yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki , Rashidi Ishak , Vanidah Imran dan Ayu Raudhah. Bakal di tayangkan pada 20 September 2012.

UNTUK 3 HARI POSTER

Sinopsis :
Filem nie berkisar kepada kisah sepasang kekasih iaitu Vanidah Imran yang memegang watak sebagai Vee sbagai Ujie bercinta dengan Rashidi Ishak yang memegang watak sebagai Zhafrin sejak dari zaman Universiti lagi. Tapi di takdirkan Zhafrin terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga iaitu Ayu Raudhah sebagai Juwita dan Vee berkahwin dengan Afdlin Shauki yang memegang watak sebagai Armi.

Filem Untuk 3 Hari  001
Pasangan Ujie dan Armi

Filem Untuk 3 Hari  004
Pasangan Zhafrin dan Juwita


Sebelum berkahwin, Ujie dan Zhafrin telah membuat janji untuk berkahwin hanya untuk 3 hari dan kemudiannya akan menuntut cerai. Di sini lah konflik berlaku apabila masing- masing mencari jalan untuk berpisah. Adakah Ujie dan Zhafrin akan bersatu? Apa jadi dengan pasangan masing – masing yang akan di tinggalkan? Itu korang kena tengok sendiri nanti.


Filem Untuk 3 Hari  002Filem Untuk 3 Hari  003
Juwita yang mahu keluar dari rumah dan Ibu Ujie yang dilakonkan oleh Fauziah Ahmad Daud

Filem Untuk 3 Hari  005
Saat - Saat Ujie mahu meminta cerai dari Armi


Trailer :



Review :

Sekali lagi Afdlin Shauki mampu membuat sebuah Filem yang akan buat kita tersentuh hati. Kerana apa yang di gambarkan dalam Filem nie adalah benda yang berlaku di kalangan masyarakat sekarang. Korang akan rasa macam, eh aku pun pernah buat macam tue. Kisah percintaan yang konon nyer sejati, tapi bila di fikir2 balik. Kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. Apa yang berlaku pasti ada hikmah, dan kita kena bersyukur dengan apa yang ada dan terjadi.  Lakonan Vee seperti biasa bleh buat kita tersentuh dengan kesedihan dan kekecewaan nya, Afdlin Shauki tetap ada unsur humor yang boleh kita tersenyum sendiri melihat gelagat nya untuk memikat hati isteri sendiri.

Watak Ayu Raudah sebagai isteri yang di abaikan suami adakala buat kita rasa amat kasihan kerana bila mencintai sesorang yang kita tidak cinta, kan agak memedihkan. Cuma watak Rashidi agak kureng lah. YY pun tak tahu kat mana silap nya. Sebab bila bab sedih macam tak sampai jerk. Ekspresi tak berapa nak menjadi lah. Sorry Bro, itu pendapat YY yaaa.

Tak semestinya, apa yang kita nak pasti menjanjikan kebahagiaan. Kerana ketentuan dan jodoh semua nya di tangan tuhan. Memang Filem nie akan membuat kita berfikir, kerana benda yang berlaku, memang terjadi di masa kini. Filem yang boleh di tonton untuk semua yang sedang berkasih sayang, yang sedang mancari cinta pun boleh tonton jugak. Kat sini kita boleh belajar macam mana nak mencari cinta.


4.5 / 5 Bintang

****************************************************************


383289_10151147652699323_1910852733_n

Jom layan gambar sekitar Majlis Malam Gala Filem Untuk 3 Hari di GSC Pavillion. Siap ada gimik uolss, 2 pasang pengantin di arak dari luar Pavillion hingga ke GSC. Siap bersanding dan ada Majlis tepung tawar lagi. Memang satu kelainan sesangat. Teruja YY melihat pelamin yang indah di GSC Pavillion nie.




Memula 2 pasang pengantin diarak dari pintu utama Pavilion sehingga lah ke atas di GSC, Pavillion. Kemudian pasangan telah di tepung tawar dan sessi bergambar. Ada pulak sessi potong kek dan persembahan dari artis jemputan seperti Hazama dan Ning Baizura. Memang meriah uolss, Pestime YY pi malam Tayangan Perdana semeriah camginie. Siap ada sanding-sanding bagai. Makan jangan cakap lah, harus lah sedap kan. Memang puas hati.


Pelakon “UNTUK TIGA HARI”

Ahadiat Akashah, Penulis Novel Untuk Tiga Hari.

Diantara rakan artis yang Hadir pada malam Gala Untuk Tiga Hari.







P/S : Sedang Mencari Cinta, #EhYeke.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah