Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Kisah Pasar Malam Dan Kehidupan :P

Assalammualaikum,


Korang suka pi pasar malam tak? Ada sesetengah orang memang tak suka, 
sebab sesak dan macam - mcam bau ada. 
Yer lah kat pasar malam banyak jual makanan.


YY kan suka sangat pi pasar malam. 
Dulu masa kechik-kechik, setiap hari selasa ibu memang tak payah masak. 
Sebab ada pasar malam. Bila ada pasar malam, Ayah akan bg kitaorg semua RM2 setiap orang dan boleh beli makanan apa jer yang disukai. 
Dulu RM2 banyak jugak boleh dapat. 
Kalau sekarang, memang tak lah kan. Barang semua dah mahal.
YY boleh jalan sengsorang kat pasar malam,
dari hujung ke hujung dan ulang balik. 
Pasar kat Jalan TAR pun YY boleh blasah jalan sengsorang.
Mungkin sebab YY banyak lepak pasar malam masa kekechik kot.



Kebetulan ,Arwah ayah YY siang memang keje pejabat. 
Dan malam nyer buat part time tolong kawan jual satay. 
Jadi, lagi lah kitaorg suka pi pasar malam. 
Sebab dapat makan satay Free. 
Arwah Ayah YY dulu banyak keje buat nak sara kami adik beradik. 
Maklum lah, keje gomen gaji kechik. Anak pulak berderet rapat-rapat. 
Mana nak belanja sekolah lagi. 
Arwah ayah YY pernah jugak jadi tukang masak kat gerai ( sebelah panggung wayang depan KFC kat Chow kit ), kitaorg tolong jd pelayan. 
Bila pelanggan tak ramai, masuk panggung tengok wayang. 
Free jerk, tokei panggung pun dah kenal kitaorg adik beradik. Semua tue memory indah bagi YY.


YY pernah tau jual kuih dari rumah ke rumah.
 Bila musim buah or musim petai YY tolong jual 
dari tingkat 16 turun hingga ke bwah. Maklum lah duk umah Flat. 
Semua tue pengalaman yang amat beharga bagi YY. 
Kechik2 lagi YY dah membantu keluarga mencari duit. 
Bila kat sekolah, YY akan bawak nasi lemak, mee goreng , bihun goreng, jual kat kengkawan sekolah. sampai cikgu pun ada yang beli. 
pagi2 lagi Ibu YY dah masak dan bungkus sesiap. YY tggl bawak pi sekolah.



Tadi YY lapar, semangat pi pasar malam. Tue yang tetiba nak citer pasal pasar malam.
Sebab takde mood nak masak. 
Kebetulan Pet Ais dan TV kat rumah YY rosak secara berjemaah. 
Sakit hati sesangat. Nanti citer pasal TV dan peti ais pulak yerr. 
Touching plak plus sebak teringat kat arwah ayah. 
Al-fatihah.





P/S : korang ada kisah pasar malam ??












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah