Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | Filem SAM ( Saya Amat Mencintaimu ) - Sinopsis & Trailer

Assalammualaikum,

Filem SAM ( Saya Amat Mencintaimu ) adalah Filem terbaru dari Skop Production yang akan keluar pada Raya pertama Aidilfitri Tahun 2012 nie. Filem yang di arahkan oleh Syafiq Yusof anak kepada Yusof Haslam. Masa Syafiq arahkan Filem nie umur dia baru 18 Tahun. Muda sangat lagik, tapi dah mampu mengarahkan sebuah Filem yang ohsem. Serius, kalau korang tengok, memang tak cayer ia adalah hasil dari pengarah Muda dan baru pertama kali mengarahkan semua Filem. Syafiq jugak dapat pengiktrafan sebagai Pengarah Termuda dari Malaysian Book Of Records. Tahniah.







Sinopsis


Filem ini mengisahkan tentang Sam ( Shaheizy Sam ), seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakanSam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa ( Lisa Surihani ) yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka.
Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal ( Azad Jazmin ) yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Dalam masa yang sama, seorang lelaki kacak Jefri ( Syamsul Yusof ) juga menaruh hati pada Lisa.

Satu pergaduhan berlaku antara Sam dan Haikal yang mengakibatkan Haikal dipecat oleh majikannya.  Haikal bengang lalu berjanji akan membalas dendam terhadap Sam. Selepas kejadian itu, Sam  diganggu oleh kelibat lelaki misteri yang selalu mengganggu dirinya. Sehingga ke satu tahap, Sam dan Lisa diculik oleh lelaki misteri tersebut.

Jefri iaitu rakan sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya. Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan keluar.

Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali…siapakah penculik itu??? Segala-galanya bakal terjawab dalam“SAM” sebuah filem cinta bercorak thriller dari pengarah muda Syafiq Yusof.




Pengarah Muda - Syafiq Yusof


Layan Trailer dulu sebelum korang baca review dari YY. harap membantu korang untuk lagi semangat nak tengok Filem SAM nie bila kuar panggung nanti. 




TRAILER







Gambar Sekitar Malam Preview Filem SAM.


Syamsul Yusof , Yusof Haslam , Syafiq Yusof

                     


                     






Review .
Filem ini adalah yang terbaik YY rasakan dari Skop Production. Filem yang akan buat korang berdebar-debar . Serius, YY dah habis Filem pun masih berdebar lagik. Memang menjadi adegan suspen yang ada. Bila bab percintaan antara Lisa dan Sam, sumpah YY rasa macam diorg memang betul-betul sedang bercinta. Sweet sangaaaat, memang bibir tak berhenti senyum. Terus rasa nak ajak pakwe pi I-city jugak. Sebab scene kat I-city memang menarik sangat. Dating sambil merasai alam percintaan gituee. Muhahahha, tetiba gedixss dan senyum sendiri bila ingat-ingat balik scene percintaan Sam dan Lisa dalam SAM ( Saya Amat Mencintaimu ).


Saat percintaan yang manis

Bila bab suspen, serius memang menjadi. Berdebar tak sudah. Siap termenjerit jugak lah bila ada scene yang buat kita terkejut. Cerita yang korang tak akan sangka kesudahan nya. Sepanjang korang menonton, akan buat korang berfikir, siapa jahat, siapa baik. Buat korang rasa macam, hissshhh bila nak habis nie sebab dah tak tahan dengan berdebar kat hati. Aduhh!! memang ini first time yang YY tengok Filem melayu berdebar lain macam. Kalau tengok citer hantu pun tak macam nie rasa nyer.


Haikal yang psiko


Teknik camera yang Syafiq Yusof guna, memang ohsem dan terbaik. YY nie bukan pandai sangat pasal teknik camera kan, tapi sebab kan sudut-sudut yang digunakan, buat suspen tue menjadi. Bak kata Dato' Yusof Haslam, ada antara scene yang Syafiq guna sampai 3 atau 4 camera. So, tak sia-sia melabur lebih, sebab hasilnya memang menjadi. Ada debar di hati gituee.


Sam ketika cuba menyelamatkan Lisa yang diculik.

Dari segi lakonan, semua memang terbaik. Diantara Lakonan Shaheizy Sam yang YY rasa memang cemerlang. YY pulak yang rasa penat tengok dia fighting dalam Filem SAM nie. Sempat YY borak ngan Sam masa habis Filem nie, katanya 3 kali demam sepanjang pengambaran yang mengambil masa cuma 36 hari dan pengambaran di buat masa bulan puasa. Fuhh!! mesti penat kan. Cabaran paling besar sepanjang mengarah Filem nie, adalah mengejar masa supaya budget tak larik kata Syafiq Yusof.



Bintang 4.8 / 5





So, apa lagik, terjah panggung reramai Raya nanti. Filem nie akan keluar di panggung pada 19 Ogos 2012. Sokong lah Filem Malaysia. Peaceeee ~~



OST Filem SAM oleh Anuar Zain









P/S : Best wooo lagu OST SAM nie, Layaaaaanssss






11 comments:

  1. mcam menarik cerita nie.

    Akan dimasukan dalam list wajib tengok tahun nie

    ReplyDelete
  2. macam best.. tp yg terkejut tue yg kurang skit.. he he..

    ReplyDelete
  3. amboihhh gambo paling mahal kat bwh skali.. rating mane..hahaha.. mesti bg full mark kan.. hikhik

    ReplyDelete
  4. assalamualikum, kenape ye filem-filem malysia terutamanya filem melayu banyak berkisar cinta? bende nie x mebina iq langsung....negara kite nak mencapai negara maju lgi 8 thun tpi...pemikiran org melayu masih kelas ke tiga...mundur...dek sebabkan oleh filem-filem yg x membina intelligent org melayu..smpai bla org melayu mahu menguasai dunia...sebab itu skrg banyak perkara sosial berlaku......most of the cause is intertaiment...so, sye minx la kpada producer filem menghasilkan kan filem yg bina iq org melayu...kite x nak org melayu ketinggalan...let us do it together

    ReplyDelete
  5. Oowwhhh kna tgk nie. Macam best jee.. Cemerlang pengarah muda. Otak pengarah muda amat iq..

    ReplyDelete
  6. Oowwhhh kna tgk nie. Macam best jee.. Cemerlang pengarah muda. Otak pengarah muda amat iq..

    ReplyDelete
  7. Yana Yassin tengok tak ajak pun.
    Hehe. Gurau je. Btw, filem ni memang best.

    Review kami pula : Filem SAM

    ReplyDelete
  8. memang best n bedebar giler..tapi still the best

    ReplyDelete
  9. @mujib zul cerita mcm mana yang membina iq orang melayu? I thinks SAM is a better production, lari dari tipikal filem melayu... cerita orang putih pun banyak jer yang bercinta... cerita superhero malahan sangat tidak logik... cerita tak logik mcm tu membina iq ke? Saya setuju 40% comment anda selebihnya tidak setuju... cuba beri idea bukan hanya sekadar komen saja...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah