Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

HATI - HATI : Penipuan Menggunakan Nombor / Nama Bukit Aman

Assalammualaikum,

Wee ~~ hari nie YY nak share satu story tentang penipuan dengan hanya menggunakan telefon bimbit. Yang paling bestnya, boleh plak nombor yang keluar itu adalah nombor Bukit Aman. Memang hebat lah orang sekarang nak cari duit. Sanggup membuat pelbagai cara untuk menipu.Kisah nya begini, YY terima panggilan dari alang.



Alang : Assalammualaikum, along kamu kat mana?

YY : Waalaikumsalam, orang kat opis. Nape?

Alang : Alang nak tanya, no nie Bukit Aman ke , 0322662222 .

YY : a'ah, betul lah nombor Bukit Aman tuee, nape alang?

Alang : Alang dapat call kata alang ada Kes jenayah, dia kata dia dari Jenayah Rampasan, Tingkat 2 Bukit Aman.

YY : Jenayah Rampasan?? Haaa, tak tahu lah. Jap3 orang tanya kawan ( So, YY terus tanya abg Loh, dia pun pelik, jenayah rampasan?? Tingkat 2 bukan Jenayah rampasan laah ). 

*Dalam hati YY dah pelik.

Alang : memula alang dapat call dari pejabat POS Malaysia, kononya ada surat saman yang alang tak pi amik, then dia asik minta nama dan no IC, pelik betul. Ada ke Pos Malaysia nak minta pengesahan kena bg nama ngan No IC dalam phone. Then alang curiga, so alang x bg lah.Siap Pos Malaysia kata kalau x amik, nanti kena waran tangkap.

YY : Habis tue , alang tak bg lah nombor tipon, Fuhh !! nasib baik.

Alang : Alang curiga sebab loghat dia cakap macam org sabah jaa, then bila minta nama ngan nombor badan dia tak mau bagi. Alang tipu cakap, Abah saya Polis, so nak dia check. Terus dia macam gelabah. Bila Alang tanya nama alang sape, dia tak boleh jawab. Kalau betul kita nak kena tangkap, buat salah, tak kan Bukit Aman tak tahu namakan.Siap dia marah-marah lagi bila alang tak bagi apa yang dia minta, kata dia, baik cik check, itu nombor Bukit Aman tau.

YY : Ok3, nanti org tanya pegawai, ada ke stail tipon3 nie kalau kita ada buat jenayah. 

Alang : Hokey, kamu check dulu. Alang nak call mak suh hati-hati takut dia call mak pulak.



*perbualan panjang lagi, nie YY ringkas kan janji semua faham.



So, tamat perbualan YY dah bising-bising citer ngan rakan-rakan kat opis. Semua cakap nie mesti kes menipu. Sekarang memang banyak org menipu siap boleh guna no tipon Bukit Aman. harap semua orang boleh hati-hati. Tak logik kan, Hebat sungguh orang zaman sekarang nak cari duit mudah.




Ini adalah kes yang pernah berlaku ::


  • KES TIPU MACAU (MENYAMAR PEGAWAI POLIS)


Kes penipuan ini melibatkan ahli sindiket yang menggunakan talian nombor telefon menyerupai talian nombor pejabat polis Bukit Aman (03-22626222) dan akan menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai pegawai polis dari Bukit Aman.Saspek memberitahu mangsa bahawa dokumen seperti kad pengenalan mangsa telah digunakan untuk kegiatan haram di luar negara seperti di Hong Kong.Saspek kemudian meminta mangsa menghubungi polis Hong Kong di talian yang diberikan oleh saspek (nombor kebiasaannya mengandungi 13 angka).Kadangkala mangsa diminta menghubungi pegawai Bank Negara Malaysia di nombor telefon 03-26988044.Apabila mangsa menghubungi nombor telefon tersebut,saspek akan memperdaya mangsa dengan menyatakan bahawa mangsa mesti memindahkan kesemua wang dalam akaunnya ke dalam akaun yang diberikan oleh saspek dengan alasan sekiranya mangsa gagal,wang di dalam akaun pengadu akan dibekukan dan dirampas oleh pihak Bank Negara Malaysia.Pengadu akan mengikut segala arahan saspek dengan memindahkan wang di dalam akaunnya ke dalam akaun yang diberikan oleh saspek.Setelah wangnya telah dipindahkan ke dalam akaun saspek,barulah mangsa menyedari dirinya telah ditipu kerana mangsa tidak terlibat dalam aktiviti kegiatan haram.



WASPADA PENIPUAN MENGGUNAKAN NOMBOR BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR 3 Jan. - Polis mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan panggilan daripada individu menggunakan nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, yang mahu membantu mengurangkan kadar saman trafik.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kebelakangan ini, polis menerima tidak kurang 50 aduan setiap hari berhubung penggunaan nombor 03-22662222/03-22663444 dan beberapa sambungan lain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Kebanyakan pemanggil akan memperdaya penerima bahawa mereka boleh mengurangkan kadar saman trafik dengan syarat pembayaran mesti dilakukan dengan memasukkan duit ke akaun bank pemanggil, katanya dalam kenyataan hari ini.
Untuk itu, Ramli menasihatkan orang ramai agar mendapatkan butiran pemanggil seperti meminta pemanggil memberikan nama, pangkat dan jawatan serta memberitahu akan memanggil semula si pemanggil menggunakan nombor yang tertera di skrin.
"Proses verifikasi seperti ini boleh mencegah kejadian penipuan kononnya daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,” katanya.
Ramli berkata, polis telah menerima beberapa laporan mengenai penipuan menggunakan nombor talian ini daripada orang ramai dan pihaknya akan menyiasat dengan segera.
Beliau juga berkata, semakan panggilan melalui sistemnya dan Telekom Malaysia Berhad juga mendapati tiada panggilan keluar oleh pihak polis dibuat ke atas nombor yang dinyatakan pengadu. - BERNAMA





Jadi , YY nak nasihat kan semua.. 

# Jangan sebarangan bagi no IC atau No akaun bank kepada pihak yang tidak dikenali. 

# Pastikan ia adalah benar-benar adakah panggilan itu palsu atau tidak. 

# Jangan percaya bulat-bulat walupun no yang tertera sama dengan no Bukit Aman atau Bank Negara atau mana-mana pihak berwajib.

Kisah ini bukan salah Bukit Aman atau PDRM, tapi ada orang yang cuba memburukkan nama Bukit Aman dengan Menggunakan Nombor Telefon seperti Bukit Aman. Harap tiada Salah Faham. 

Semoga apa yang YY share nie dapat menafaatnya untuk semua yang sudi mejengah Blog YY yang tak seberapa nie.





P/S : Semakin canggih teknologi, semakin bahaya plak rasa.







6 comments:

  1. pernah dengar pasal kes nih.. Apepun time kasih Kak Yana.. :)

    ReplyDelete
  2. fuhhh macam cara sekarang ni penipuan ... nak kene hati2 ni.. hehehe cili singgah dari kebun direct ke sini kih3 ...

    ReplyDelete
  3. Along cmner dorang bley gn no phn bkt aman ye...mmm..kn wat investigate ni..mnla tau keje org dlm sndiri..

    ReplyDelete
  4. saya dah kna dah..ade ker dorg ckp sy ade wt black money..ade acc ambank sy bkk kt johor..sy kata celah mne plk sy ade acc ambank kt johor plak tu..tp 2 lh pelik coz no yg dorg tipon tu xpnh umur idup sy wt official num..sy kata xpelah nnt sy dtg balai..sng nk ckp..onkol pyh sbb sy tgh kje..trus dia ckp xpe..kita rakam perbualan ni..sy kata xpe2..nnt time lunch sy dtg..dekat je bkt aman tu..xyh ssh2 nk rakam2..

    ReplyDelete
  5. Kalau dah terbagi macam mana? Apa kesannya?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah