Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

#TripMediaCherating | Pusat Santuari Penyu dan Makan Seafood.

Assalammualaikum,


Weee ~~ meh kita sambung Trip Media ke Cherating untuk hari ke-2. Pepagi lagik dah ada morning call untuk bersarapan , sebab kita akan buat lawatan ke sekeliling Impiana Beach Resort dan akan diberi taklimat oleh PR Impiana Cik Farah. Memang menarik dan best Impiana nie. Kalau nak bercuti, tenang-tenangkan fikiran memang sesuai sangat Impiana Cherating nie menjadi pilihan. Di tambah pantai yang bersih, bilik yang selesa. Korang kalau nak bercuti ke Cherating, boleh pilih Impiana sebagai tempat penginapan korang eh. Nanti YY akan buat satu entri khas untuk Impiana Beach Resort.

Cherating303-DSC_2291Penyu 
Breakfast Time    

Cherating309-DSC_2303Penyu
Makan Kenyang, Kita Posing Dulu

Cherating313-DSC_2402Penyu   
Auwww, Tak pernah jumapa buai tyre   
   
Cherating317-DSC_2378Penyu  
Teruja bebenor    
      
Cherating319-DSC_2394Penyu
Aween pun nak cuba jugak

Lepas settle semua sessi lawatan, siap beria main buai tayar kat tepi pantai, kitaorg bertolak ke Pusat Penerangan dan Santuari Penyu. Alah, tempat yang ditugaskan untuk memelihara penyu dan telurnya. Banyak anak-anak penyu yang dijaga disini. Maklum lah penyu hampir kepupusan. Kang sian plak bebebudak akan datang, x kenal dah ngan Penyu. Taklimat di beri oleh Pak Haji yang menjaga Pusat nie. Masuk Adalah Percuma. Memula kita layan tayangan video mengenai penyu, dan kemudian kita tgk penyu secara dekat.

Cherating320-DSC_2414Penyu 
Pusat Santuari Penyu Cherating     
  
Cherating324-DSC_2423Penyu  
Sessi menonton Video Mengenai Penyu   
   
Cherating325-DSC_2437Penyu   
Penyu Yang terdapat di Pusat Suantuari Penyu Cherating 
   
Cherating327-DSC_2454Penyu      
Banyak nyer anak Penyu

  
Cherating329-DSC_2466Penyu    
Penyu Yang di Awet kan

      
Cherating330-DSC_2468Penyu    
YY dah sampai sini, anda bila lagi ???
    
Cherating332-DSC_2480Penyu     
Penyampain Cenderahati dari Santai Travel kepada wakil Pusat Santuari Penyu Cherating


Cherating335-DSC_2486Penyu
Ahli Rombongan Media

Dari Pusat Penerangan dan Santuari Penyu, kitaorg dibawa untuk makan tengari di Paksu ( Soon ) Seafood Restoran. Terima Kasih Pak Su kerana membelanja makan tengahari rombongan Media di Cherating nie. Menu yang sedap, buat tak pandang kiri kanan dah bila makan. Diantara menu nyer, Pak Su Stuffed Crab , Curry Shark Meat , Sambal Squid with petai , Fried Prawan Portuqise Style , Fried Egg with Onion , Fried Vegetalble with salted Fish. Dengan 6 menu dan minuman, cuma RM 23.80 seorang. Murah dan berbaloi-baloi. Tapi kitaorg makan Free lah, sebab Pak Su Seafood Restoran belanja kan.

2
Menu makan Tengahari kami


Cherating300-DSC_2554Penyu   
Terima Kasih Pak Su Seafood Restaurant

Cherating304-DSC_2541Penyu
Arghhh, Saya kenyang.


Selepas habis mengenyangkan perut, kitaorg di bawa ke Tempat membuat batik dan buat aktiviti surfing. So, nantii kan next entri pasal batik nie yaaa. Korang akan lihat bertapa berseni nya YY menghasilkan batik lukisan sendiri. Muhahahhaha, Nie pun macam dah banyak bebenor gambar nya, cerita pun macam tunggang langgang dah. Tunggu next entri yerr sayaaaaaang.






P/S ; Perut Kenyang hati Senang.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah