Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Hyundai Euro 2012 | Sutera Gemilang Auto Sdn. Bhd. - Pusat Servis Hyundai

Assalammualaikum,


Wee ~~ Nak citer lah kan, hari tue kan YY dijemput untuk memeriahkan Hyundai Euro Tour 2012 . Majlis ini dianjurkan oleh Hyundai Sime Darby Motors sebab diorang adalah penaja kenderaan Rasmi bagi Euro 2012 . Hyundai Tour 2012 kali ini diadakan di Sutera Gemilang Auto Sdn. Bhd. Memang teruja sangat bila berpeluang memeriahkan acara yang diadakan. Pengalaman baru bagi YY sebagai seorang blogger.


Aktiviti yang paling menarik adalah pertandingan Virtual Football. Bermula dari 4.00petang sehingga 7malam, setiap pengunjung layak untuk mencuba. Pemenang akan dikira apabila menjadi penjaring terbanyak. Hadiah nyaa, woww Iphone 4 hokeeey. Memula YY nak jugak try, tapi nampak macam susah jerk, jadi penyokong kat tepi jer lah. Kang kalau menang, tak reti pun nak gune Iphone 4.( alasantakretisepakbola.com ). Muhahhahaha.

Kaunter Pendaftaran

Menyepak bola secara bayangan, gitue lah lebih kurang permainan nya.

Cukup ler sekadar YY dapat bola mainan kechik dengan Jersey Hyundai Euro. Jersey menarik, yang penting dapat saiz sendiri, so boleh lah bergaya bagai. Maklum lah, kekadang kalau dapat baju mesti takde saiz. Sentaphatimaknaaak.com. 

Posing sebelah kete idaman.

Sebenarnya Hyundai Euro Tour 2012, turut mempromosi kan Showroom dan Pusat servis Sutera Gemilang Auto Sdn. Bhd sebagai pusat Service 3S iaitu Sales , Service & Spare Part. Tour ini telah diadakan di beberapa Negeri seperti Kuala Lumpur , Johor , Perak dan Pulau Pinang. Setiap lokasi mengambil masa selama 3jam untuk mengadakan aktiviti dan memberi hadiah.

Tinggalkan 'tanda ingatan' di bola besar gedabak ini. 

Pusat Servis Sutera Gemilang Auto Sdn. Bhd adalah yang terbesar di Shah Alam dan mempunyai keluasan 31,000 kaki persegi. Memiliki 9 ruang servis kereta dan mampu memberi perkhidmatan penyelengaraan 32 biji kereta Hyundai dan Inokom dalam sehari. 

Ruang Menunggu yang selesa, Boleh tengok TV dan Online menggunakan Komputer yang di sediakan.

Bahagian permainan untuk kanak - kanak.

Dan paling best, Sutera Gemilang Auto ada menyediakan perkhidmatan meninggalkan kunci semasa kereta di servis . Kira tak rugi masa lah, korang hantar kete untuk servis then pergi keje. Balik keje kete siap. Kan, jimat masa menunggu di situ. Tak yah nak susah-susah amik cuti sebab nak servis kete jer. Dan, diorg siap sediakan shuttle percuma untuk hantar korang kemana saje korang nak pergi dalam lingkungan 15km sementara nak menunggu kereta siap di selenggara.

Keselesaan adalah keutamaan di Pusat Servis Sutera Gemilang Auto, Menyediakan ruang menunggu yang selesa , komputer kalau nak online, TV kalau nak menonton , wi-fi percuma, tempat permainan untuk kanak - kanak , ruang kalau korang nak buat keje opis dan Coffee Bar.

Kereta yang ada di Showroom

Coffee Bar - Kita minum dulu :))

Nampak tak keluasan bahagian servis di sini. 

Sekarang kalau pi servis siap ada diskaun 10% untuk pemilik kereta Hyundai dan Inokom. Perghh,.. untunglah sape pakai kete Hyundai atau Inokom. Boleh YY suh adik pi nie, sebab dia memang guna i10, eksen takmo pakai kete nasional tau. Tapi, betul lah body Hyundai kuat, adik YY eksident kete tak kemek pun, yg melanggar plak kemek giler. Hokeey, larik topic. Dah ler dapat diskaun, siap kereta di cuci secara percuma lagik. Memang terbaaaaik lah.

Sambal Sotong

Muka ada Senyum, Dapt makan uolsss.

Kuih Muih.

Pemenang Iphone 4 - Jaringan Terbanyak

Seronok YY sepanjang berada di Showroom Sutera Gemilang nie. Mana tak nya, dapat jumpa blogger2 pemes, dapat makan2, siap bergambar sakan ngan kete-kete Hyundai. Korang kalau nak beli kete, boleh lah datang showroom nie. Boleh lihat kete idaman di depan mata, siap boleh pegang-pegang lagik. 

So, apa lagik . Terjah lah Showroom dan Pusat Servis Hyundai dan Inokom yang terbesar di Shah Alam ini. Ce lihat alamat di bawah, dan peta pun ada.



Sutera Gemilang Auto Sdn. Bhd
Lot 7960, Jalan Bukit Cerakah, Seksyen U6, 
40150 Shah Alam, Selangor

image

Waktu Operasi 
9am-8pm ( Isnin - Jumaat )
10am-6pm ( Sabtu, Ahad dan Cui Umum )
Showroom Dibuka setiap hari termasuk Servis

Sales no: 03- 7832 4888 / 7832 4444
Sales fax: 03- 7832 4222
Service no: 03- 7832 4333/ 7832 4555
Service fax: 03- 7832 4999


Laman Web Rasmi : Hyundai Selangor

Facebook Page : Sutera Gemilang Sdn Bhd.



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah