Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

#TripMediaCherating | Dinner di Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur



Assalammualaikum,

Wee ~~ selepas kisah bermesra dengan Gajah di Kuala Gandah di entri INI. Trip Media ke Cherating , kitaorg meneruskan perjalanan ke destinasi sebenar untuk ke Impiana Beach Resort. Penghinapan kami selama 3 hari 2 malam. Sebelum tue, mari kita mengisi perut dulu. Harus lah lapar kan. 

Ana Ikan Bakar Petai , Tanjung Lumpur.

Petai bahan utama di Dalam Ikan Bakar.

 Ikan yang menjadi pilihan akan di siang terlebih dahulu.

Ikan di bersihkan.

Siap untuk di bakar. Nampak petai nyer di situ yaa.

Dibakar menggunakan arang, Baru lah ikan bakar asli.

Destinasi makan malam kami di Tanjung Lumpur. Restoran Ana Ikan Bakar Petai menjadi pilihan. Di jamu dengan menu yang lazat dan sedap, memang kenyang perut lah. Menu utama harus lah Ikan Bakar Petai. Uniknya, Ikan bakar di bakar bersama Petai. Aroma petai yang di tambah dengan cili, sedap hingga menjilat jari uolss. Di antara menu nya, Ikan Bakar Petai , Sotong Goreng Tepung , TomYam, Kailan Ikan Masin , Lala Masam Manis , Kerabu mangga dan Sata. Fuhhh !! terbaik lah. 

Abaikan muka saya yang comot itu. dan tudung senget di tiup angin


Muka Teruja memasing baru nak mula makan.

Makan settle, sessi borak bersama Dato' Shafik Exco Pahang.

Makan malam kitaorg turut di hadiri EXCO Pahang Dato' Shafik Fauzan. Terima Kasih banyak sebab sudi singgah bertemu rombongan Media, walaupun Dato' sibuk dengan tugas harian. Siap lelepak beborak ngan kitaorg, sebab Dato' teruja nak tahu macam mana buat Blog boleh jana pendapatan. Sempoi jugak Dato' nie, tak sombong pun. Siap Dato' offer kami "sesuatu" yang buat diri ini teruja menjadi blogger. Muhahahhaha :))

Rombongan Media bersama Dato' Shafik

Penyampaian cenderahati dari En.Azlee Editor Majalah Santai kepada wakil Ana Ikan Bakar Petai

Terima Kasih sekali Ana Ikan Bakar Petai menaja makan malam kami. Memang best. Korang patut pergi ke sini kalau kebetulan lalu atau memang sesaje nak merasa makanan segar. Terletak di Tanjung Lumpur yaaa. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah