Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

#TripMediaCherating | Gasing , Kampung Stay dan Kenduri Durian.

Assalammualaikum,


Weee~~~ nak sambung hari ke-3 dan terakhir Trip Media di Cherating. Pepagi cam biasa ada morning call. Then bekpes dan terus checkout. Sebab , ada lagi destinasi persinggahan sebelum sampai Kuala Lumpur.

Batik300_DSC_2893cherating
Bye3 Impianan Beach Resort , Terima Kasih.

Destinasi pertama adalah ke Kg. Sanggang, untuk melihat sendiri macam mana gasing di buat dan permainan gasing di ajar kepada golongan muda. Kalau kat Kuala Lumpur memang susah lah nak jumpa bebudak duk main gasing kan. Teruja YY bila tengok budak baru darjah 1 pun dah pandai main gasing uolss. Memang hebat lah.


Batik316_DSC_2973cheratingBatik318_DSC_2992cheratingBatik319_DSC_2983cheratingBatik310_DSC_2955cheratingBatik322_DSC_2998cherating
Nak mencuba gak, walaupun tercampak jauh.

Batik313_DSC_2965cherating
Teruja dapat makan kuih kampung. Tak pernah jumpa kat KL.

Destinasi ke-dua adalah menuju ke temerloh, untuk ke Homestay Desa Murni. Homestay yang diusahakan Dato’ Hj Sahariman Hamdan ( Presiden Persatuan Homestay Malaysia ) bersama anak-anaknya. So, apa kata layan gambar-gambar homestay yang amat sesuai kalau korang kalau nak merasa suasana kampung dan berkumpul dengan orang tersayang. Memang chantek tempat nya.

Batik309_DSC_3036cherating
Kampung Stay

Batik306_DSC_3021cherating    
Salah Satu rumah kampung yang ada
   
Batik308_DSC_3026cherating      
Feel macam perempuan kampung sangat.
  
Batik313_DSC_3040cherating      
Hiasan dalaman rumah.

Batik305_DSC_3017cherating
Dato' Sahariman sedang memberi taklimat tentang KampungStay. Diperhati oleh En. Azlee bs Santai

Kampongstay Desa Murni
Kampung Ketam 1 , Kerdau.
Temerloh, Pahang.
019-9865070 ( Dato’ Hj Sahariman )
09-2847949

Settle kat kampungstay, kitaorg bertolak balik ke Kuala Lumpur. Makan tengahrai di taja kampungstay dengan lauk-lauk kampung terutama Ikan patin uolss. Sedap hingga menjilat jari. Otw, balik. Singgah di Karak untuk kenduri durian. Masa nie, tgk berbakul durian dah teruja dah. Ada Musang King tau. Durian mahal diorg kata. Memang tak tahu ler berapa bijik YY dah blasah. Siap dapat bungkus bawak balik tuee. Memang terbaik lah. Tq uncle sebab belanja kitaorg makan durian.

Durian Musang King301_DSC_3051Karak     
3 jenis dunia berbeza, lihat dari duri nyaa..

Durian Musang King302_DSC_3060Karak   
Nampak muka kelahap, muhahahahha.
    
Durian Musang King304_DSC_3065Karak     
Yang baju merah tue makan paling banyak cc : Abg Kamal ( Bernama TV ).

Durian Musang King305_DSC_3068Karak     
Seeha pun hantu durian gak, Abg Sham tgk ja x makan pung .


Durian Musang King306_DSC_3072Karak    
Auwww, sedaaaaaapnyaaa.
  
Durian Musang King309_DSC_3047Karak       
Cara mengenal Musang King. Nampak berbentuk bintang tue. Pengenalan bg musang King. Getah di letakkan supaya Durian tidak terbuka apabila terlalu masak.


So, tamat lah Trip Kembara Media Fotografi cuti – cuti 1 Malaysia ke Cherating. Jumpa nanti ke Desaru pulak yer. Dalam itenery siap ada lawatan ke Legoland. Dah teruja tahap gaban nie. Terima Kasih sekali lagik, Santai Travel dan Tourism Malaysia, pengalaman yang sangat berharga.





P/S : Trip Berikut nya kita kenduri apa pulak yaa.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah