Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

#TripMediaPangkor | Hari pertama yang Ohsem :))


Wee ~~ Di pagi yang indah lagi tenang nie. YY nak story mory pasal Trip Media Kembara Fotografi anjuran Majalah Santai dan Tourism Malaysia ke Pulau Pangkor. Terima Kasih sekali lagi kerana masih menjemput YY selepas Trip Media ke Langkawi. Trip yang seronok dan sangat happening. Kalau dulu masa ke Langkawi DJ Lin dari Suria FM turut sama memeriahkan trip Media nie, dan ke Pangkor ada Ana Rafali uolsss.

Pepagi lagik YY dah terpacak kat rumah ruby sebab kitaorg dan pakat nak pi sekali. Maklum lah, tempat kumpul kat Matic tue tak leh nak parking kete sampai 3 hari. Jadi, dengan baik hati nyer cik abg ruby sudi bebenor nak menghantar kitaorg. Mejah pun join sekali pi sama together-gether. Pukul 6 pagi tau kitaorg dah kena ada kat Matic, tapi biasa lah janji pukul 6pagi, pukul 7pagi baru gerak sebab ada yang sampai terlewat sikit.

Sarapan Pagi kami pagi tue di taja oleh KFC. Terima Kasih KFC sebab taja makanan best untuk perjalanan kami ke Pulau Pangkor. Teruja tau dapat makan KFC pepagi.



Bila dah bekpes, kita sambung tido ya. Sebab perjalan agak jauh lagi. Kitaorg akan menuju ke Kuala Woh Recreational Forest Park, Tapah Perak. Kat sini ada Rajah Brooke. Apakah itu? Yaa, sejenis rerama yang agak canthek berwarna hijau dan besar jugak yaa. Tapi nak snap gambor agak payah yaa, sebab Rajah Brooke memang tak reti duduk diam ya korang, apa tah lagi nak bergambar bersama. Ada rasa tertekan di situ yaa.


Anne , YY , Ruby


Bila dah tak dapat nak tangkap Gambor Raja Brooke, elok kita amik gambor sendiri yaa.

Selepas bersukaria mengejar Raja Brooke yang tak reti duduk diam. Kita meneruskan perjalanan ke Lumut. Tapi harus lah singgah makan tengah hari dulu di Manjung. Destinasi adalah Nasi Ayam Mama. Memang terbaik lah makanan kat sini. Sedaaaap sangat. Ada nasi Ayam, dan ada jugak Nasi Ikan Bawal Kari. Kari dia memang malatop. Kalah mamak tau. Makan hingga tak pandang kiri kanan dah.


Nasi Ayam Mama


Nasi Ikan Bawal Kari Terbaik.

Semangat memasing nak amik Gambor.

Selepas dah kenyang perut, kitaorg meneruskan perjalanan ke Jety Lumut. Tak sabor dah nak sampai Pangkor. Bakal menginap selama 3 hari di Pangkor Island Beach resort. Dari Jety ke Pangkor Island mengambil mas alebih kurang 30minit ja. Sebab direct fery dari Lumut ke Pangkor Island Beach resort.

Jom naik Fery


Sampai sudah Jety Pangkor Island


Saya di Sini sekarang.

Bilik kami di Pasific Wing dengan harga RM4**.** ++ . memang terbaik lah.

Settle urusan Check In, kitaorg diberi masa berehat sebelum makan malam. Woww, sangat teruja bila melihat view di sepanjang Resort. Plus bilik pun best. Paling ketra, dapat melihat matahari terbenam sebelum kami keluar untuk makan malam di Daddy's Cafe.


Dah sampai Daddy's Cafe





Kenyang Perut senang hati. Then kita balik tido lah. Puas satu hari perjalanan. Dah tak sabar nak guling - guling di atas tilam empuk Pangkor Island Resort. Kita citer nanti kisah hari ke dua yaa kengkawan di pangkor..








P/S : Korang tahu yang ke pangkor boleh naik Flight??




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah