Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Pameran Pengantin Malaysia anjuran Urban Vibe


Assalammualaikum,


Dedulu masa nak buat persiapan kawin , memang YY rajin bebenor ke Pameran Pengantin , or karnival yang melibatkan kawin – kawin nie. Maklum lah , senang kan semua benda ada dalam satu bumbung . Tak yah pepening nak fikir . Tambahan banyak jugak pakej jimat dan menarik .



So, untuk Majlis Kawin akan datang . Eh, bukan YY yang nak kawin lagik,  Tapi In Sha Allah, adik YY yang akan melangsungkan perkahwinan tahun depan . Biasalah, bila nak kawin persiapan kena awal. Setahun sebelum gitueee. Senang nak buat budget dan kumpul duit apa yang patut lah .



Kebetulan baru – baru nie ada pameran pengantin kat Mid Valley . YY apa lagik, sebagai kakak yang sulung pun terhegeh – hegeh lah nak ikut . En. Suami pulak kena keje, tak kan nak duk umah kan . Mari kita angkut Qaireen sekali . Kita jengjalan kat MidValley .



Pameran Pengantin

Qaireen seronok tido dalam stroller



Apa yang dihajat kat Pameran Pengantin , terlaksana sudah . Adik YY amik Full Pakej terus , dah ada All in . Pakej dari CT3 Catering & Canopy . Nie Catering yang sama YY gunakan perkhidmatannya masa Majlis Kawin YY dulu . Senang gunakan perkhidmatan orang yang kita dah kenal . Cuma masa YY amik Catering jer , tang adik YY nie amik semua, takyah nak fikir banyak dah .




Pakej Murah Kawin

Full Package Majlis Perkahwinan Khemah or Dewan




Masa YY kat Pameran Pengantin , ada ceramah dari Ustaz Don berkenaan perkahwinan . Respek giler YY dengan Ustaz Don , sambil ceramah siap dukung anak lagi . Then , bila dia nak balik , YY tengok semua barang dia pegang . Dah ler dukung anak , barang baby pun dia yang bawak . Wife dia bawak badan ngan handbag jer . Salute arrr, memang gentlemen habis .




Pakej Perkahwinan Murah

Ustaz Don & Soal Jawab Berkenaan Perkahwinan




Sebelum balik, kitaorang singgah lah kat Aeon Big, konon nak beli air. Kitaorang memang dah kenyang sebab sebelum ke MidValley siap makan kat Kampung Baru . Tapi , setelah ternampak orang kat meja sebelah makan Mee Goreng nampak sedap , kenyang pun kitaorang order gak satu . Nak rasa katanya . Sepinggan share 4 orang . Mesraaa gituee. tapi memang sedap pun Mee Goreng kat Aeon Big nie, di masak panas – panas kan . Jangan korang tak tau , now kat dalam Aeon Big dah ada tempat korang boleh makan tau , bukan setakat shopping jer .



Mee Goreng Sedap

Mee Goreng di Aeon Big – RM 5.90





p/s : Tik Tok Tik Tok dah nak setahun YY di alam rumahtangga.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah