Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Diari Seorang Ibu : Qaireen Drama Queen


Assalammualaikum,



Kejap jer rasa Nur Qaireen Iman dah masuk 2 bulan setengah . X lama dah ibu dia nak naik keje dah . Memula rasa cam lama jer cuti bersalin 3 bulan . Tapi sebenarnya kejap bebenor . Sebenarnya nak citer pasal cucuk 2 bulan . Qaireen dah mula dengan perangai drama queen nya.



Ok, dulu cucuk sebulan buat kat KK Kajang. Maklum lah berpantang kat sana kan . So, bila cucuk 2 bulan nie kena buat kat KK Sri Rampai  sebab dah balik ke pangkal jalan . Dapat appoinment kul 10.00pagi . Oleh sebab abahnya Outstation, YY angkut ibu temankan . Sampai jer , kena lah daftar dulu . Sekali kaunter daftar tanya surat beranak . Alamak , masalah tul . YY lupa bawak . So, balik rumah kejap tinggal kan Qaireen ngan ibu untuk amik Surat Beranak . Maklum lah, My Kid tak siap lagi .



Cam biasa lah, kalau kat KK . Appoinment jer kata jer 10.00pagi . Pukul 12.30tgh baru nama Qaireen di panggil untuk timbang . 2 Bulan berat Qaireen 4.9kg. Ok lah tue kan , naik sekilo dari timbang sebulan dulu . Lepas tue tunggu lagi . Dalam setengah jam camtue baru jumpa nurse. Bila dah di interbiu semua, maklum lah pestime kat KK Sri Rampai , so banyak lah soalan kan baru nak cucuk.



Cucuk Baby 1 2 3 bulan di Klinik  Cucuk Baby 1 2 3 bulan di Klinik

kemain mengadu apa lah tue, tau lah abah baru balik keje.



Sebelum cucuk , nurse check suhu dulu . Sebab dah di beri amaran awal  yang cucuk 2 bulan akan buat baby demam. Jadi, xnak lah baby yang demam, di cucuk kang melarat pulak . Nak jadi citer suhu Qaireen 37.2 . Suhu tue dah tanda – tanda demam. Kesimpulan nya tak boleh lah nak cucuk . Nurse bagi date lagi 2 minggu untuk datang cucuk sahaja . So, tarikh untuk cucuk 3 bulan terpaksa lewat sikit lah kan .



Balik rumah memang YY x puas hati lah kan . Sebab rasa nya macam Qaireen tak demam . Dah ler nurse siap bagi ubat demam, tak berani pulak YY nak bagi Qaireen minum . So, YY check balik suhu Qaireen .Dan hasilnya 36 . Amboiii, drama sangat kan anak ibu . Punya takut nak kena cucuk sampai suhu naik . Nak tak nak , terpaksa lah tunggu lagi 2 minggu untuk di cucuk . Harap masa tue , Qaireen sihat .



Cucuk Baby 1 2 3 bulan di Klinik  Cucuk Baby 1 2 3 bulan di Klinik

Gaya bebas , tido pun kemain lasak.



Memang Qaireen sekarang banyak lakonan . Antara nya nangis kuat – kuat sebab nak kita angkat dia . Bila pegang kemain lagi diam, siap boleh gelak – gelak lagi . Now YY memang dah boleh baca tangisan drama dia atau memang betul – betul sedih . Ragam Qaireen memang buat YY senyum, macam tengok diri sendiri plak. Hahhahahaha.





P/S : Ye ke cucuk 2 bulan baby akan demam ??





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah