Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Blog O’Rama Libur buat Blogger Suka Melancong


Assalammualaikum,



Semua orang suka travel kan . YY pun sama , suka sangat kalau dapat berjalan . Tengok negeri orang , budaya orang , makanan orang . Setiap tempat ada kisah tersendiri . Seronok berganda kalau dapat travel merata .



Now, cerita travel korang tidak perlu di pendam dan di simpan sendiri . Majalah Libur akan mewujudkan satu kolum khas yang di beri nama Blog O’Rama . Blog O' Rama merupakan kolum khas untuk memperkenalkan penulis-penulis blog yang aktif dalam menyediakan informasi mengenai dunia pengembaraan, tempat-tempat makan yang menarik serta platfom penulisan blog yang berasaskan ' Pelancongan & Gaya Hidup’.



Blog O Rama Libur




Bermula pada Januari 2015, pihak editorial LIBUR akan memilih dua blog yang menarik untuk diperkenalkan kepada pembaca, sekaligus menjadi Blog 0' Rama pilihan Majalah LIBUR. Pengisian sebanyak 16 muka surat untuk ruangan ini meliputi rebiu blog-blog yang menarik, artikel percutian yang disumbangkan blogger dan temubual bersama blogger.



Blog O Rama Libur




Objektif Blog O’Rama adalah sebagai platform untuk blogger mengasah bakat penulisan secara secara formal. Bukan sahaja mengetengahkan blogger-blogger ‘otai’ dan juga bakat-bakat baru, mereka yang terpilih dalam Blog O’ Rama LIBUR juga berpeluang mengikuti program percutian dan tugasan bersama Majalah LIBUR.




Blog O Rama Libur



Terima Kasih Team Libur kerana memberikan cenderahati sempena pelancaran kolum Blog O’Rama . Moga kita akan dapat bekerjasama suatu hari nanti .



Blog O Rama Libur



Mereka yang terpilih juga berpeluang untuk berkongsi artikel-artikel yang menarik di dalam majalah LIBUR, menyertai pelbagai aktiviti anjuran Majalah LIBUR bersama blogger seperti bengkel fotografi dan penulisan.




IMG_6204[1]




Jika korang ingin menjadi sebahagian daripada BLOG O’ RAMA pilihan LIBUR, hantarkan penyertaan dan pautan blog korang kepada ahmad.syahir@karangkraf.com



p/s : Tahun depan nak melancong ngan anak pulak .




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah