Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Geran Kereta Hilang



Assalammualaikum,



Bila kereta excident , banyak lah benda yang nak kena uruskan . Tambahan plak YY nak claim insurance . Sebabnya , kereta vios yang di langgar tue memang nak claim insurance YY walaupun keretanya tak berapa nak cedera parah . Tapi nak buat camne, dah memang salah YY kan, pi cium bontot kete dia sape suruh.



So, urusan nak claim insurance nie, kena ada copy ic , copy lesen , cover note insurance dan salinan geran kereta . Nak jadi citer , geran kereta boleh hilang pulak . Lupa sudah letak mana. Salinan yang ada pada YY plak, ada belah depan jer . Side belakang xde copy . Memang terbantut lah urusan nak claim insurance .



Nak tak nak kena lah menerjah ke JPJ untuk buat geran baru . Rupanya senang bebenor nak dapatkan geran baru . Cuma masa diperlukan untuk buat urusan.



Dokumen yang diperlukan untuk membuat Geran Kereta yang Hilang di JPJ .


  1. Satu Borang Senarai Semak Salinan Geran
  2. Borang JPJ K7 yang telah diisi lengkap.
  3. Kad Pengenalan diri asal dan Salinan Pemilik .
  4. Bayaran yang telah ditetapkan ( RM50 untuk kereta )

Pergi jer memana JPJ , tak kira lah Ibu Pejabat Utama atau UTC . Tapi nasihat YY, Kalau korang pi UTC, Pastikan pegawai tertinggi diorang ada . Jadi macam kes YY , beria nie pergi kat UTC Sentul . Punya lama tunggu , sekali takleh nak buat sebab pegawai atasan takde nak sign borang . Ce bagi tau awal – awal atau tampal kat pintu bagitau yang ada urusan tertentu yang tak dapat diuruskan . Takde lah kita nie menunggu lama, tapi sia – sia tak leh nak buat urusan .


Nasib baik lah sempat berkejaran ke JPJ Wangsa Maju . Sebab YY memang tak leh nak tangguh lagi , selagi takde salinan geran , kereta tak leh nak buat . Patah kaki wooo kete takde . banyak urusan tergendala .



Eh Jap , nak bagitau korang etika berpakaian buat urusan di JPJ. Tak leh pakai seluar pendek atas dari lutut , baju takde lengan dan Selipar Bodoh . Sure korang tak leh masuk nanti . Pakaian kena sopan dan bersesuaian . Nak jadi citer , time YY pergi ada sorang lelaki nie mengamok sebab tak dapat masuk . Dia pakai seluar pendek . Kemain Mak Cik Rela yang jaga pintu masuk tue , garang uolsss. Lelaki tue bising – bising , mak cik rela nak report polis .


Alah, mana – mana pejabat kerajaan kalau nak buat urusan , memang kena ada etika berpakaian . jangan main redah jer .



P/S : past nie, simpan geran lek lok eh .




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah