Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Bye 2014 , Hye 2015


Assalammualaikum,



Macam tak terlambat lagi nak wish Selamat Tahun Baru 2015 . Hope Tahun 2015 nie memberikan lebih rezeki dan kebahagian buat semua . Aminnnnn . Kebelakangan nie YY memang agak sibuk sikit, sebab akan berpindah rumah . Setahun berkahwin, baru lah sibuk nak duk rumah sendiri walaupun pindah Quarters jer . Citer pindah nanti lah YY citer lanjut eh . Now Nak citer kenangan sepanjang 2014 .



Januari 2014.

Bertukar status sebagai Isteri . Walaupun sakit yang agak teruk sampai terlantar sebelum majlis, pelbagai rintangan dan ujian, alhamdulillah 4.1.14 YY sah bergelar isteri kepada Sharul Izman .



Februari 2014

Dapat tau megandung , lagi lah YY x cayer . Maklum lah , dah ler sakit teruk sebelum kawin , masa majlis pun kena makan ubat tahan sakit . Kalau x , memang x bersandinglah . Doc pun kata mybe akan ada masalah nanti kalau nak buat hubungan kelamin  . Tapi atas kuasa Allah , ujian datang rupanya nak dapat hikmah yang tak di jangka . YY di sahkan mengandung 5 minggu .




Mac 2014

Sempat bawak ibu berjalan shopping sakan di Bandung , Indonesia . Sebenarnya , plan bercuti nie dah lama. Sebelum kawin lagi , so diteruskan jua segala perancangan bercuti dengan En. Suami tinggal di Malaysia . Memula risau gak nak naik flight , maklum lah masa tue 1st trimester mengandung . Siap mintak nasihat kat Doc, so baru berani nak terbang .



Ogos 2014

Pertama Kali beraya sebagai Isteri . Dah kena beraya dua tempat . Nasib lah suami kat Seremban jer . So, raya pertama dapat terjah dedua . Belah YY , dan kemudian ke Seremban belah Suami .



September 2014

Dengan keadaan sarat mengandung , YY kena pi seminar ke Langkawi . Amboi, memang tak sedar diri mak buyung , boleh tahan shopping kan . YY memang suka sangat ke langkawi . Setiap tahun , paling kurang sekali mesti pi . Tahun 2014 rezeki dapat 2 kali dapat pi , first masa lepas kawin bulan Januari pi ngan En. Suami ler .



October 2014

Lahir lah Nur Qaireen Iman , puteri kesayangan ibu dan abah . Sepanjang mengandung , bila scan x nampak pun jantina . Alhamdulillah , hajat YY dan Suami nak anak sulung perempuan tercapai .




Perubahan hidup yang agak ketara bagi YY pada tahun 2014 . Moga 2015 menjadi lebih baik . Amin . 





p/s : lambat post, sebab banyak sangat gangguan sejak sibuk nak berpindah nie .




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah