Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Excident daaaa,…


Assalammualaikum,



Last week YY ada Food Review kat Shah Alam yang nak kena attend . Food Review kul 12.30tgh, so dalam pukul 11.00pagi YY keluar rumah . Bawak ibu ngan Qaireen . Masa keluar Qaireen tido, so ibu pakai Baby Wrap untuk Qaireen .



Dalam perjalanan, lalu Federal Highway benda yang tak di jangka jadi . YY excident langgar kereta depan . Masa tue terkejut giler. YY terus tengok anak kat sebelah . Nasib lah Qaireen dalam bedung ibu . Semua gegara kete depan break emergency , YY plak tak sempat nak break habis cium bontot kete Vios. Ya Allah, masa nie YY siap menggigil kot . Terkejut giler . Dah ler kat lane paling kanan . Jadi dari  berbincang kat tgh jalan dalam panas, kitaorang decide ke bus stop kat stesen LRT Putra Universiti .



YY bawak gak kete dengan berbunyi bagai sebab bumper terlekat kat tayar masa nak ke bus stop tue . Jadi bila bawak kete tue ada bunyi kuat gak lah . Lepas bincang kitaorang decide nak buat report jer , tapi dedua blur nak pi balai mana . Oh lupa nak citer , kete Vios yang YY langgar tue seorang perempuan Cina . Lebih kurang baya YY jer . Dia siap call kenalan nak tanya pi balai mana . Dan YY pun tanya pegawai kat opis nak pi balai mana. Semua duk cakap pi  balai PJ. Tapi YY macam was – was plak nak ke balai PJ, rasa cam jauh plak . Lagi satu kang tak memasal kena pi sana sini kalau silap tempat.



Kemalangan Claim Insurance

Kereta yang YY langgar



Yang geramnya, saat genting nie lah call En. Suami tak angkat . Haissshhh, time camnie pulak dia x dapat dikesan . Lepas sejam camtuee, baru En. Suami call balik. Punya lah dia terkejut , tapi awal – awal lagi YY dah bagitau semua selamat , kereta jer teruk . Bila YY tanya nak kena g balai mana , En. Suami pun tak sure. Then pemilik Vios kata bukan PJ, dia dapat info kena pi balai kat KL. Cuma dia tak pasti kat mana.



Kemalangan Claim Insurance

Nak tertanggal dah bumper



Kemalangan Claim Insurance

Part nie yang melekat kat tayar tue.



Tak lama lepas tue, En. Suami call balik bagitau abang ipar bagi tau suh g Balai Polis Trafik Jalan Bandar . Allah, punya lah sengal YY boleh tak terfikir balai Jalan Bandar tue. Tapi, nak pi camne sebab bumper melekat kat tayar . YY berusaha duk tarik tapi kederat perempuan mana nak daya . YY call pakcik mintak tolong. Sebab dia tak jauh pun dari tempat kejadian . Dia datang , kepak kan bumper sekejap jer dah ok x melekat dah .




Then kitaorang sesama pi Balai Jalan Bandar buat report . Kalau ikut kes , comfirm lah YY yang salah sebab langgar belakang kan . Nak buat camne, benda dah nak jadi . Nasib kami tak apa – apa . Kereta jer lah nak kena hantar bengkel . Nasib lah ada dapat kete ganti sementara kete di repair . Kalau tak , mahu patah kaki . Sebab itu jer lah kenderaan kami laki bini .



Tak jadi lah YY ke Food review , tapi sempat lagi YY ke Event lain yang YY dah janji lepas tue . Tak sangka ramai betul peminat masa kat Balai Trafik . Orang insurance , Orang Bengkel duk ikut jer YY . Semua nak offer service memasing . Sampai kan YY ke Toilet pun diorang sanggup tunggu depan toilet . Seriau gak . 





P/S : Lepas Excident , macam ada risau bila bawak kete .



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah