Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Karnival Perlancongan Kelantan 2013


Assalammualaikum,


Ini nak citer kisah YY ke Kelantan Baru – baru nie. Kemain jauh tau YY berjalan nak cover event. Kali nie ada Program Karnival Perlancongan Kelantan yang diadakan di Gua Musang . Gerak Jumaat malam , event Sabtu . After event gerak balik ke KL . Nampak macam memenatkan tapi sebenarnya x ler penat mana sebab dalam bus YY blasah tido jer. So, macam tak terasa plak yang YY telah berada di Negeri Kelantan.



Karnival Perlancongan Kelantan  100

Dalam Bus yang ditaja oleh Nasqo – kami mahu ke Kelantan.

YY dan Kak Zulie



Karnival Pelancongan Kelantan Selatan 2013 merupakan salah satu usaha Pejabat Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Kelantan untuk menjadikan ikon-ikon pelancongan dan destinasi pelancongan di Bahagian Selatan Negeri Kelantan khususnya Eko-Pelancongan sebagai destinasi pelancongan yang popular dan sentiasa dikunjungi oleh para pelancong baik asing mahupun tempatan.


 
Karnival Perlancongan Kelantan  102

Gua Musang here YY come


 
Karnival Perlancongan Kelantan  103

 
Karnival ini juga adalah bertujuan untuk mempromosikan salah satu acara dalam Calendar of Event “Visit Malaysia Year 2014” di Negeri Kelantan iaitu Kelantan International Rock Climbing Challenge 2013. Acara ini merupakan acara utama di dalam Karnival Pelancongan Kelantan Selatan ini.
 

Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang adalah seperti berikut :-

  1. Kelantan International Rock Climbing Challenge 2013 (Acara Utama);
  1. Pameran Agensi/Jabatan Kerajaan & Homestay Negeri Kelantan;
  1. Mini Fabulous Food 1Malaysia;
  1. Pertandingan Memasak;
  1. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak;
  1. Pertandingan Karaoke;
  1. Pameran Four Wheel Drive (4 x 4); dan
  1. Pesta Buah-buahan Tempatan

Nampak meriah kan aktiviti yang ada , memang seronok sangat . Aktiviti macam Rock Climbing memang YY salute lah sebab kalau YY memang tak larat nak memanjat tue. Kang dah panjat mahu nak turun rasa ngeri pulak. Ada peserta dari luar negara dan dalam malaysia.




Karnival Perlancongan Kelantan  128

Aktiviti Rock Climbing




Karnival Perlancongan Kelantan  134Karnival Perlancongan Kelantan  138

Artis pun buat rock Climbing gak, salute wooo

Rezduan hashim dan Iena Azman




Macam Karaoke pun YY kagum, sebab kategori veteren suara semua memang power giler. Siap kitaorang duk cakap-cakap memang layak masuk Kilauan Emas gituee tau. Nyanyi pun lagu hebat – hebat tau.




Paling best YY suka tengok pertandingan memasak, Mana tak nya yang memasak kebanyakkan dari peserta kolej yang memang amik course masak. Ada jugak wakil dari penduduk tempatan sendiri. Macam – macam rupa dan rasa dengan tema masakan “Nusantara” . Tahniah pemenang pasangan ayah dan anak, tengok cara dan rupa pun dah tau diorang memang layak menang.



Karnival Perlancongan Kelantan  127Karnival Perlancongan Kelantan  126
Karnival Perlancongan Kelantan  125

Ini lah pasangan Anak dan bapak yang menang pertandingan memasak




Makanan pun sedap – sedap tau. Pepagi sampai YY dah blasah bihun sup , kopok lekor dan kuih akok  . Sedap bangat sampai rasa cam teruja nak beli dan makan lagi sebelum balik. Sape kata makanan kelantan manis, just nice jer kat tekak YY yang fanatik pedas dan tak suka makanan manis.




Karnival Perlancongan Kelantan  104Karnival Perlancongan Kelantan  105Karnival Perlancongan Kelantan  107

bihun sup , kopok lekor dan kuih akok yang sedap gilerrrrrr




Bila bab Pesta buah – buahan tempatan. Memang muntah buah lah gamak nya. Menimbun sangat. Ada Durian , manggis , Limau dan  Dukong . Dengan bayaran RM 5 , korang boleh makan sampai lebam buah – buahan yang ada. Siap YY tapaw lagi buah dukong duk bawak balik kl. 




Karnival Perlancongan Kelantan  109Karnival Perlancongan Kelantan  110Karnival Perlancongan Kelantan  111Karnival Perlancongan Kelantan  112Karnival Perlancongan Kelantan  113Karnival Perlancongan Kelantan  114

Buah - Buah Tempatan



Karnival Perlancongan Kelantan  122

Teruja dengan pelbagai jenis buah-buahan




Seronok jugak sekali sekala berjalan jauh g event kan. Macam – macam kita boleh kenal, kenal kawan baru, pengalaman baru , makan benda baru dan macam – macam lagi lah. Inilah kisah YY di Kelantan menyaksikan sendiri karnival Perlancongan Kelantan 2013.






P/S : Next week ke Kelantan lagi, di taja Air Asia. Seronok nyaa Smile















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah