Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem Longkai | Sinopsis dan Trailer


Assalammualaikum,

LONGKAI filem terbaru dari MIG . Filem yang ke 84 ini menampilkan Faizal Hussein sebagai teraju utama. Turut ditampilkan Erra Fazira dan Dira Abu zahar sebagai penyeri dalam filem Longkai. Disamping pelakon muda berbakat besar seperti Niezam Zaidi , Wawa Zainal , Atikah Suhaime , Azwan Kombos , Mikael Andre , Epy Kodiang , Zul Suphian dan ramai lagi .


Sinopsis :

Mengisahkan tentang geng-geng longkai (tonto) yang sering berebut untuk mendapatkan bisnes. Eddie dan Bada merupakan pasangan adik beradik longkai. Mereka berdua akan menghantar kenderaan yang ditarik mereka ke bengkel Rimau, seorang wanita berjiwa besi. Dalam diam-diam Rimau menaruh hati pada Bada.


 
_MG_0007

 
_MG_9123


 
_MG_5583

 
Mojo dan Bayam merupakan musuh tradisi Eddie dan Bada. Mojo lebih rela mati dari bekerjasama dengan mereka. Namun adik perempuannya, Soraya sengaja menempah bahaya kerana dia dan Eddie bercinta senyap-senyap. Zarina, seorang wanita misteri sering mengunjungi bengkel Rimau.



 
  _MG_7748

 
_MG_7076


 
_MG_5994


 
Kehadiran Zarina banyak mengubah hubungan Eddie dan Bada membuatkan Rimau mengesyaki apakah sebab sebenarnya Zarina muncul. Kemesraan Zarina dan Bada juga mengundang cemburu Rimau. Mojo pula semakin geram kerana segala projek jahatnya akan dipatahkan oleh geng Eddie. Mojo mahu balas dendam dan meminta bantuan Naga, taiko terkenal. Towtruck Eddie dilanyak habis-habisan.

 
 
Adakah Eddie terselamat? Siapakah Zarina sebenarnya?


 
 
TRAILER :
 

 
 
****************************************************************


Malam Pra Tonton Filem Longkai.


 
Filem Longkai 101


Filem Longkai 102


Filem Longkai 100


Filem Longkai 105Filem Longkai 109


Filem Longkai 115Filem Longkai 114


 
 
REVIEW :
Memula jer tengok, terus YY rasa takut dengan penarik kete. Rasa cam diorang nie semua jahat. Maklum lah, dalam citer nie kita leh tengok penarik kete akan buat apa saje janji diorang ada kete yang nak di tarik. Aksi , gaduh-gaduh, lawan – lawan memang terbaik lah. Sebab YY rasa macam dari segi Sound Effect buat aksi lebih real. Korang kalau rindu lakonan Faizal Hussein memang patut lah tgk Filem Longkai nie. Lakonan Nizam Zaidi pun agak baik. Boleh perg jauh mamat nie. So, kalau nak santai, suka dengan filem aksi .Korang boleh sangat tengok LONGKAI. Manis tau Erra Fazira bertudung dalam LONGKAI.
 
 
Bintang : 4 / 5 bintang .





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah