Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | Filem Aku , Kau dan Dia - Sinopsis & Trailer


Weee ~~  YY nak share kat korang review Filem terbaru Pierre Andre iaitu Aku, Kau & Dia. Filem terbitan Tayangan Unggul dan di lakonkan oleh Remy Ishak, Zarinatasha Jamalullail dan Pekin Ibrahim. Filem ini telah menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur bermula 15 Mac 2011. Bakal menemui penonton pada 28 June 2012 Filem ini bergenre Drama Romantik.



Sinopsis :
Mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia ( Zarina Jamalullail ) yang kehilangan tunangnya Ilhan ( Pekin Ibrahim ) dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian.

Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia bertemu Izlan ( Remy Ishak ) seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaran Ilhan. Melalui itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi rapat.

Di situ lah konflik bermula dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat buat tunangnya. Adakah Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mengingati kembali nota lagu yang dicipta untuk Ilhan ?

Cinta baru nak berputik.

Farid yang minat kat Mia

Remy Ishak sebagai Pemain Muzik Jalanan.

Mia sedih teringat arwah Tunang nya.

Keluarga yang sentiasa menyokong Mia.


Senarai Pelakon
ZARINA JAMALULLAIL                    -MIA
REMY ISHAK                                 -IZLAN
PEKIN IBRAHIM                             -ILHAN
MARISA YASMIN                            -DATIN ROSELYNN
HARUN SALIM BACHIK                    -DATO’ HASHIM
HARISS SHIDEE                             -ARYAN
NASH                                          -PAK MAT
AMERUL AFENDI                           -FARID


Review :

Filem Romantik yang boleh ditonton. Kalau sesape yang minat Remy Ishak, dan nak tgk sisi lain lakonan Remy, korang wajib tengok Filem nie. Korang akan jadi macam YY yang asik kuar ayat " Eh, x pernah tgk Remy berlakon watak camginie" , "Auuww,, eeuwww nape remy camtue ". Haaa, lebih kurang camtue lah. Korang kalau nak tahu lanjut memang kena tgk Filem nie. Lakonan Pekin Ibrahim pelakon yang di minati oleh Pierre Andre sendiri, memang tak di nafikan sebagai yang terbaeik. Membawa watak yang korang akan rasa, arghh nape dia boleh mati dalam ini cerita. Gitueelaaah kan, semua nya tak puas hati . Walaupun Zarina adalah pelakon baru, tapi tidak lah terlalu mengecewakan. Memang sukar nak bawa watak yang banyak keluar air mata dan bermain dengan emosi. Korang kalau nak tahu siapa sebenarnya Remy Ishak atau Izlan dan apa yang terjadi pada Mia, wajib lah tgk Filem nie di panggung nanti ya. Jangan lupa 28 june 2012.

TRAILER



Bintang : 4 / 5 bintang.


Gambar di sekitar Malam Majlis PraTonton Media.



Diantara #retis yang hadir.

Dapat Jersi Aku, Kau dan Dia. 




P/S : memang patut di tonton kalau korang nak tengok lain nyer lakonan Remy Ishak.











#Setiap Review Filem adalah pandangan peribadi YY ketika menonton,
 Maaf jika tidak sama dengan sudut pandangan korang.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah