Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | Filem Jiwa Taiko - Nuansa Sdn Bhd.


Weee ~~ lambat bebenor nak review Filem Terbaru dari Osman Ali. Alah pengarah Filem Ombak Rindu yang malatop tue. Terima Kasih kepada Mr. Julian penerbit Filem Jiwa Taiko dari Nuansa Sdn Bhd. kerna sudi menjemput YY ke Malam Gala Tayangan Jiwa Taiko hari tue. Filem yang diterajui oleh pelakon - pelakon hebat seperti Remy Ishak , Bront Palare , Diana Danielle , Fiz Fairuz, Nadiya Nisa dan ramai lagi. Filem yang memertabatkan seni silat melayu. Memang agak menarik kat situ yaa.



Sinopsis.
Jiwa taiko mengisahkan tentang pertembungan dua sahabat, Firman dan Pinto yang dulunya sama - sama menjadi penjenayah kecil, tapi kini masing - masing memilih jalan hidup yang berbeza. Firman memilih dunia yang penuh dengan nilai kasih cinta dan kasih sayang sebaliknya Pinto menjadi taiko dalam dunia gangsterisme. Pergolakan tercetus apabila Pinto menuntut janji Firman untuk terus hidup dan mati di dalam dunia hitam. Apabila menuntut janji bertukar menjadi bara dendam, seluruh persahabtan bergelora. Pinto mengacam rakan - rakan Firman termasuklah sahabatnya Lara dan kekasihnya Trisya. Demi mempertahankan nilai persahabatan, Firman dan Pinto melancarkan pertarungn hidup dan mati. Mampukah cinta dan persahabatan menghapuskan nafsu dan kejahatan? 

Photobucket
Pinto yang ganas dan sanggup melakukan apa saja , janji tercapai hajat.

Photobucket
Konflik percintaan antara Firman , Trisya dan Lara.

Photobucket
Nilai kasih sayang dalam Filem nie, tak perlu dipertikaikan.

Photobucket
Gangster dalam Jiwa Taiko

Review :
Filem yang mempertaruhkan seni melayu silat menjadikan filem nie agak menarik. Nilai kasih sayang, persahabatan walaupun bukan di kalangan sedarah, tapi sanggup berkorban demi insan tersayang. Korang akan nampak, walaupun gangster camne pun, bila dah sayang macam-macam boleh jadi. Cuma babak - babak yang agak romantis antara Firman lakonan Remy Ishak dan Trisya lakonan Diana Danielle macam agak berlebihan. Macam tak sesuai plak nak di tonton untuk golongan kanak - kanak. Nasib ler Filem nie memang di kategori kanak - kanak memang tak leh tengok. Hebat sungguh lakonan Bront Palare. Memang Beliau seorang pelakon hebat. Menjadi sungguh Taiko nya. Jom lah korang terjah panggung bermula 14 June 2012. Sokonglah industri Filem Malaysia. Peaceeee :))

Aksi Berahi Pinto dan Lara


TRAILER



4/ 5 Bintang

Gambar Sekitar Majlis Tayangan Esklusif Jiwa Taiko dan Sidang Media.







P/S : Jiwa Taiko yaaaa, Bukan Jiwang Taiko. 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah