Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Selangorlicious Eat Out - Restoran Mee Ketam, Cendol & Laksa

Assalammualaikum, 



Weee ~~ nak cerita bab makan. Sape tak suka makan kan. Hari tue kan, YY berpeluang join program selangorlicious Eat Out di Restoran Mee ketam Shah Alam. Hurm, kalau bab makan mana boleh lepas peluang. kebetulan hari Ahad, dan memang free pun. YY siap angkut ibu pi sekali. Ibu bila dengar nak makan Mee ketam jerk, harus teruja sama kan.


Kebetulan memang YY dah pernah pi Restoran Mee Ketam Shah Alam , Seksyen 7 nie dengan Rayyan dan Mejah , ada kisah kat SINI. So, takde ler sesat macam 1st time pi dulu. Gigih mencarik walaupun sesat berejam. 

Pilihan Ibu, Mee Kari Ketam

Nampak tak, betapa sedap nya sampai ibu takmo pandang camera dah.

Pilihan YY, Bihun Sup Ketam.

Bila makan, harus lah ada minuman. Pilihan kami Lai Chi Kang Collagen. 
Auww terasa muda selepas minum.

Mee Ketam nie di buka dari 2010. Now dah lebih kurang 2 tahun, tapi dah ramai yang tahu tentang kesedapan Mee Ketam di Shah Alam nie. Jangan tak tahu, pemilik Restoran Mee Ketam ini adalah pasangan kembar lelaki. Setiap hari lebih kurang 30kg ketam yang di masak dan Udang Galah di bawa khas dari Kota Kinabalu. Jadi, dah tentu lah Fresh dan besar. Memang terbaik lah.

Udang Galah Masak Cili.

Nampak , muka teruja di situ yaaa,


Dapur di letak di depan, Jadi kita boleh tgk cara masak dan kebersihan terjamin.

Wakil Selangorlicious menemuramah pemilik Restoran Mee Ketam

Pemilik Restoran.

Selangorlicious memang buat program nie tergempar. Mana tak nya, pemilik restoran memang tak tahu pun ada orang ramai nak serbu restorannya. So, cara macam nie baru kita boleh lihat dengan sendiri macam mana diorg nak handle pelanggan yang ramai dan bermacam ragam. Memang salute lah, sebab tokei pun turun padang amik order dan lap meja bagai. Memula ingatkan pekerja gak, sekali bos daarrr. Macam nie baru betul, kalau awal-awal dah bgtau, comfrim diorg dah prepare makanan sesedap dan special dari biasa. Jadi, boleh tutup kelemahan kan. Good job Selangorlicious dan Restoran Mee Ketam.

Nampak, murah kan harga nya. Ketam ngan Udang Galah kowt.

Canggih, sila Like Mee Ketam KL di Facebook yaa.

Pernah Masuk Rancangan JJCM lagikk.

Diantara promo di dalam Majalah dan Suratkhabar.

Restoran Mee Ketam ,
Seksyen 7, Shah Alam
Di belakang Unisel
Berdekatan dengan Petronas

Dibuka dari 12.30tgh - 10malam 
Dibuka setiap hari kecuali Isnin.

Now dah ada cawangan di Kuala Lumpur ( Keramat )
SEBELAH MASJID DATO KERAMAT , 
PASAR KERAMAT (bawah flat Baitulmal)
hubungi 019-2346388 - usamah



Bila dah makan, harus lah ada pencuci mulut kan. Jadi kitaorg dibawa ke atas bukit, tepi jer dengan restoran Mee Ketam. Ada 2 beradik yang jual Cendol dan Laksa. Memang sedap lah. Cendol cukup rasa, tapi tang laksa terpaksa bungkus sebab perut dah nak meletop makan banyak bebenor.


Pasangan Adik Beradik, sorang urus laksa, sorang lagi urus Cendol.

Cendol memang sedap.

Ibu , Nurul dan YY

Terima Kasih kepada Team Selangorlicious yang bagi pengalaman makan - makan yang sedap dan menarik nie. Memang buat YY bahagia, sebab bila perut kenyang hati gembira. Eceeehhh, falsafah plak kan. Korang pun kalau teringin, pi jer terjah kat Seksyen 7 Shah Alam. Senang sangat nak jumpa. Lalu kot sign ke Icity, nampak Jacel belah kiri terus lagi. Bila nampak Petronas belah kanan, korang U-turn. Masuk lorong kiri pertama lepas Utrun, terus tas bukit. Pandang belah kiri dah jumpa Restoran Mee Ketam. Yang cendol korang pandang belah kanan. Mesti nampak.

Diantara Yang menjoinkan Diri. 

Dian dari Selangorlicious

Apa lagi, kalau nak tahu tempat-tempat menarik makan-makan di Sekitar Selangor. Korang rerajin lah terjah Selangorlicious.my . Lepas ne, takde lah pepening nak cari tempat makan, sebab hanya satu klik jerk, taraaaa anda hanya perlu buat pilihan.






P/S : Terima Kasih Selangorlicious, 
Dedengar lepas nie makan area gombak plak. Nak joinnn !!!!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah