Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Filem My Way | Sinopsis dan Trailer


Wee ~~~ Sape minat citer or Filem Korea. Haruslah ramai kan. Nie nak kasi tahu sebuah Filem Korea termahal, di ulangi TERMAHAL bakal menjengah panggung Malaysia. Tapi kan, My Way bukan lah macam Filem-filem korea yang selalu nyer ada romantik , cinta - cinta yang syahdu. Sebab My May adalah Filem Perang. Hebat nyer Perfileman Korea sekarang hingga mampu menghasilkan Filem sehebat Hollywood.



SINOPSIS:

Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.




 


430737 318470661546565 311660032227628 928725 1960756680 n SINOPSIS dan TRAILER filem My Way 


Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

431250 318470701546561 311660032227628 928728 1407855704 n SINOPSIS dan TRAILER filem My Way 


 

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon. Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu.  

421983 318470711546560 311660032227628 928729 1930840187 n SINOPSIS dan TRAILER filem My Way 

TRAILER ::



Camne, bila tengok trailer korang rasa teruja tak mahu menonton. Sesama kita terjah panggung nanti yer. 

Tarikh Tayangan : 19 April 2012
Pengarah :  Kang Je-Kyu
Pelakon : Jang Dong-Gun, Odagiri Joe, Fan Bingbing, Kim In Kwon,  Han Seung      
      Hyun , Do Ji Han & Lee Yeon Hee
Penulis skrip :  Kang Je-Kyu & Kim Byung-in
Penerbit Eksekutif :  Miky Lee, So Jin-Woo & Mu Xiao Guang
Genre :  Aksi  / Perang
Klasifikasi : 18 PL
Durasi :  143 minit




JOM LIKE FANPAGE MYWAY < SINI >




2 comments:

  1. amboi syg..
    dah bleh jadik pengulas filem kalu camni gayanye hehehe

    ReplyDelete
  2. wah...mcm best jer citer ne....nak g ngk la...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah