Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Tihany Slot Ratu TV9 | Best gilerrrrrrr


Wewittt~~~ yeah, sudah khamis, sok sehari keje dan cuti lagi weekend. Sape tak suka cuti kan. Tapi masa cepat berlalu, sekejapan jerk dah nak masuk tahun baru. Umur pun makin meningkat. Hope hari2 mendatang akan memberi lebih sinar kebahagian buat YY.

Kali nie, YY nak citer pasal Drama siri Tihany Slot Ratu di TV9. Sape layan?. YY x tgk dari mula citer nie. Tetiba Isnin baru nie YY tertengok, eh terbitan RadiusOne lah. YY kalau Drama dari RadiusOne nie mmg tak mahu miss sebab mesti best2 punyer. So, melekat lah depan TV. Wowww !! mula lah teruja nak tgk dari mulakan. Jadi sekarang setiap malam YY akan berusaha mendowndload Drama Tihany nie ( sebab kat Tonton.my susah nak loading lah ). Plot citer kekadang YY rasa mcm tgk Drama Korea ok. Lagu pun best2 dalam Drama nie.

Meh nak share sikit pasal Drama Tihany Slot Ratu di TV9 ( setiap Isnin dan Selasa - pukul 8.30mlm )


Tajuk: TIHANY

Pengarah: BAHRI UMA
Cerita: SHAHRULEZAD MOHAMMEDIN
Terbitan: RADIUS ONE SDN BHD

Pelakon: NABILA HUDA, EMELDA ROSMILA, UNGKU ISMAIL AZIZ, RIZ AMIN

Sinopsis Tihany:

Tihany merupakan seorang gadis yang biasa dan sederhana. Namun di sebalik kesederhanaan beliau, dia mempunyai budi pekerti dan adab sopan yang amat tinggi. Walaupun dia adalah anak tunggal seorang tokoh usahawan yang berjaya, dia tetap dengan caranya yang sederhana dan gembira menguruskan kedai bunga yang kecil. 

Tihany mempunyai seorang ibu tiri yang sangat rapat dengannya yang dianggap seperti ibu sendiri. Tihany juga sudah bertunang dengan Azman selaku setiausaha di syarikat ayahnya. Azman adalah seorang yang sederhana dan dia sering merasakan rendah diri kerana berkawan dengan anak tokoh usahawan. Tragedi berlaku suatu hari sebelum pernikahan mereka apabila Tan Sri Abu Bakar diserang sakit jantung dan Azman tidak muncul pada hari pernikahan. Tihany panik dengan keadaan ayahnya dan demi menjaga kesihatan ayahnya dia perlu juga berkahwin. Soraya (ibu tiri) mencadangkan beliau berkahwin dengan Imran, seorang kenalannya. Pelbagai konflik timbul kerana sikap tamak Soraya dan Azman kerana ingin membolot harta Tan Sri Abu bakar dan anaknya, Tihany.






****** ( ^ _ ^ ) *****


YY dengan Ungku Ismail ( Imran dalam Tihany )


Serius citer nie best sangat. Korang patut tgk tau. Kekadang sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. muhahahhaha, sama best kalau sape layan Drama Cinta Elysa kat TV3 tueeeee.



3 comments:

  1. wah.. YY dah berjinak2 ngan artis la.. xlame dpt offer berlakon la tu.. hehee

    ReplyDelete
  2. okay memang tak pernah tengok lagi..
    tapi setuju yang cerita Cinta Elysa tu best..weeeee~

    ReplyDelete
  3. sama best ngan cinta elysa? maknanya citeer ni best le kan..heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah