Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

SAH | NORMAN dan MEMEY sudah Nikah


Hanya sekali lafaz tepat jam 5.11 pm, Mohammad Norhakim Zakaria atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim,35 bergelar suami kepada Suhaiza Suhaimy, atau dikenali sebagai Memey Suhaiza, 23 di kediaman pengantin perempuan, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor, petang tadi.
Norman Hakim dinikahkan oleh imam Mukim Kambau, Zulkipli Tarmizi dengan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24000.
Sejumlah 5 dulang hantan daripada pihak Norman Hakim berupa set persalinan barang kemas (cincin dan rantai), GPS, kek buah-buahan, sirih junjung dan senaskah Al-quran. Manakala, pihak Memey Suhaiza membalas 7 dulang hantaran berupa sebuah iPad2, cincin berlian, coklat, buah-buahan, kek lapis Serawak dan senaskah Al-quran.
Kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi pada keesokan harinya pada tempat yang sama.
SUMBER


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah