Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | Filem Al-Hijab arahan Pierre Andre

Assalammualaikum *____*,


Peluang dapat menonton tayangan Esklusif Filem Al-Hijab xkan YY lepaskan. Terima Kasih Cik Helena sebab bg peluang nie kat YY. Tayangan kat E@Curve, Damansara. Teruja terlampau sebab nak jumpa ngan Pengarah Al-hijab, haisshhhh sape lagi Pierre Andre lah. 



 Details Filem:

1)      Al-HIJAB

Pengarah : Pierre Andre

Genre : Seram

Penerbit : Empat Semudra  Plantation Sdn. Bhd. 

Pelakon : Pierre Andre, Nur Fathia, Maimon Mutalib, Aziz M.Osman & Nor Albaniah

Tarikh tayangan :  6 Oktober 2011

Klasifikasi : PG 13

Edaran & Promosi : Alternate Pictures Sdn Bhd


You Tube :  Al-Hijab Official Trailer









Sinopsis 


Bukan pasal tudung atau tutup kepala. Mungkin ramai yang menganggap filem ini meletakkan isu tersebut namun sebenarnya ianya berkaitan dengan mata. Al-Hijab adalah perkataan bahasa arab yang membawa maksud sebagai tirai atau dinding penghalang. Semestinya kita pernah mendengar bahawa pandangan mata manusia itu telah disekat penglihatannya untuk melihat sesuatu diluar kemampuan manusia. Jadi, setiap manusia itu mempunyai hijab yang menutup pandangan mata halus kerana apa yang kita lihat sekarang adalah merupakan dari pandangan mata kasar.



Bakal ditayangkan serentak seluruh pawagam bermula 6 Oktober ini, Al-Hijab yang diterbitkan oleh Empat Semudra Plantation Sdn Bhd ini mengupas kisah seorang pemuda yang terlalu mengharapkan ‘hijab’nya dapat dibuka supaya dia dapat melihat kelibat makhlus halus. Pemuda tersebut akhirnya berjaya menemui seorang makcik tua yang berkebolehan dalam membuka ‘hijab’ seseorang namun dia mengingatkan pemuda tersebut bahawa risikonya terlalu tinggi. Rela menempuhi risiko itu, akhirnya ‘hijab’ pemuda tersebut berjaya dibuka dan apa yang terjadi seterusnya? Semuanya akan diketahui melalui Al-Hijab.


Seperti filem-filem seram terdahulu karya Pierre sendiri, filem ini juga mempunyai auranya tersendiri. Lagi-lagi dikatakan filem ini diambil kisahnya dari pengalaman Pierre sendiri yang ‘mudah’ ternampak kelibat makhlus halus. Walaupun tidak banyak pelakon yang terlibat dalam filem ini tetapi perjalanan ceritanya sungguh menyeramkan dan mendebarkan hati penonton sehingga setiap saat jari mereka pasti tidak lekang dari mata kerana terlalu takut pada paparan babak yang ditunjukkan.


Namun, filem ini bukanlah sekadar ingin menakutkan penonton tetapi ada pengisian yang ingin disampaikan. Bersyukurlah atas apa yang telah diberikan Tuhan dan bukannya meminta sesuatu yang berlawanan dengan azali walaupun keinginan padanya melampaui batas. Mungkin selepas menonton filem ini, penonton akan memahami apakah itu’hijab’ yang merupakan salah satu benda ghaib yang pernah dibincangkan dalam topik keislaman. Namun anda juga perlu berhati-hati, mungkin ada penonton yang terlampau berperasaan ingin tahu mahukan ‘hijab’nya dibuka untuk dia melihat sendiri alam ini dengan pandangan mata halusnya. Persoalannya di sini mampukah dia bersedia apabila ‘hijab’nya dibuka? 

Pelakon Al-Hijab







**********************************************************************************************


- Hantu2 dalam citer nie mmg seram, banyak kali gak arr YY terkejut siap menjerit2 lagi. Geram ja tengok Rafael ( Pierre ) x takut hantu . Kita nie punyer lah suspen tgk hantu asik muncul2 ja.


- Gandingan Pierre ngan Fathiyah macam x berapa nak jadi lah. Bila bab romantik YY x berapa nak rasa. Cam kelakar pun ada. Maybe sebab Fathiyah baru lagi dalam bidang lakonan masa shoot filem nie. Ada masa cam kaku sangat ( maaf cik Fathiyah eh, komen ikhlas dari YY )


- Seram Filem nie mmg jadi, Diantara Dialog seram


Rafael  : Mcm mana sayang masuk rumah nie.
Qis : Bila pulak syg keluar ( dengan muka serius terus jadi hantu ).


Wowww, masa nie satu panggung menjerit. Lakonan Pierre mmg jadi. Plot citer pun menarik, xde bab yg bosan pun. Paling x leh tahan, jantung degup laju ja sepanjang tayangan. Pfwwttt !! xpernah YY rasa camginie bila tonton filem hantu. Mmg chantek lah ayat "Filem Seram Terhebat 2011".


Apakah Rafael berjaya menutup hijab nyer semula atau menerima sahaja 'anugerah' itu,  jom lah g panggung eh.




YY bagi Bintang 9 / 10.

Kekurangan sebab watak heroin ja. 


Filem Al-Hijab wajib TONTON. Meh reramai serang panggung pada 6.10.2011. Sokong lah Industri perfileman Malaysia. Eceeeh, dah macam menteri penerangan plak.




* Lagi kisah masa Pra-Tonton Al-Hijab entri lain eh.











4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah