Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Trip to KOREA | Day 2 @Namdaemun Market

Assalammualaikum *__*,

Hokey kengkawan. skg YY nak sambung citer hari ke-2 plak. Kali nie kitaorg menuju ke Namdaemun Market. Tempat nie ala2 macam kat Petaling Street & Kotaraya. Jual barang2 macam kerongsang, Korean Silk, Souvenier ,..suma jual kat sini. Harga nak kata murah sangat tue xlah. Barang2 kat korea nie, paling murah 1000 won bersama lebih kurang RM3 kita. So, mmg xde lah barang yg harga seringgit dua ringgit kan.

Kitaorg ke Namdaemun naik bus awam. Tiket harga 1000 won. Bus macam intrakota bus ja. Masuk duit kat mesin. Yang x best nyer, semua signboard bahasa korea, mana lah pelancong nak faham kan. Dan rakyat korea x faham bahasa omputih gak. Diowg bangga dengan bahasa sendiri. Terkial2 gak lah kitaorg. Nasib ada John, pembantu Dato' yang pandai berbahasa Korea. John jd jurubahasa kitaorg. John jugak lah yang bawak kitaorg jejlan kat Namdaemun untuk membeli belah.

Angah , YY , Alang , achik ,.. ready for shopping time

Naik Bus ke Namdaemun, 420 hokeeey !!!

with john yg the best, pandai masak makanan melayu walaupun org Myanmar.

Yeaaah , bus dah sampai.

Jom kita naik bus, 1000 won ja tambang nyer.

Mengkecoh di Namdaemun Market

Sampai ja, terus lah memborong apa yang patut. Tapi kat sini masa kitaorg kejap ja. Sebab dah malam kan. Nak naik bus lagi. Nak panjat bukit yg tinggi lagi. Haaaisssh!!! mahu semput kang kalau jalan banyak. Nak simpan tenaga naik bukit. huahauhauaaawww !! Kebetulan Mak Kochit ( Datin ) bw kitaorg kat kedai yg dia biasa beli keronsang. Kedai nie jugak Datin Rosma, Permaisuri Agung pernah beli kerongsang kat sini. Pemerhatian YY, kerongsang Korea mmg lagi murah dari kat Msia. Kualiti batu nyer terserlah. Kilat2 lagi.

Nak bayar pun sempat bergambar ngan tokey kedai keronsang

Zahid, alang & John,.. sambil tunggu TIA shopping BB Cream

Masuk air dah !!!

Korea Starbucks


Lepas borong kerongsang, beli souvenier plak, cam keychain dan fm. Pesanan penaja banyak sangat. Walaupun harga x berapa nak murah, tapi beli jugak lah sebagai tanda ingatan kan. Bukan main laju lagi bershopping, Maklum lah Mak kochit x berapa sihat, so nak balik awal. Terkejar nyer pasal, sampai lupa nak terjah bahagian yang menjual Korean Silk. Xper, klu sempat nanti pergi lagi ( kata dalam hati ).

Bukit yang perlu di daki, nie nampak separuh jaa, padahal tinggi lagi tueee

Kat Namdaemun gak arr, Tia sibuk nak beli BB Cream. Maklum lah, kalau sesape dah sampai Korea, mmg xsah kalau x beli BB Cream nie. Elok untuk kulit. Kebetulan kat Namdaemun mmg ada 'The Face Shop". Banyak jugak BB Cream yang Tia borong, pesanan dari Malaysia kata kooo. YY xbeli pun, konon2 macam x minat kan. Sibuk bergambar dari membeli belah tahu.

barang yang Tia borong di "The Face Shop"

Cayer x, ini moto diowng kat pasar duk angkut barang niaga. Dahsatt !!!

Memasing memborong Sea Wheat

Credit Pict to Tia. Pinjam kat album FB. LOL.

Balik dari Namdaemun, sempat lagi singgah Starbuck. Mcam kat KL xde, tp angah nak beli tumblr Starbuck. Ada kawan angah mmg pengumpul tumblr. So, belikan lah.Balik naik bus lagi. Then menapak lah bukit tinggi. huiiyooo !!!

* nak tawar menawar dalam bahasa KOREA >>> Kaka ju-Seiyo.
*Terima Kasih >>> Kamsahanida tp bak kata Dilla >>> Kamsiah Hamidah,.. hahhahahaha !!!
    
sedikit ilmu perkongsian.
Basic Expressions
EnglishHangulPronunciation
Yes.네.Ne.
No.아니요.Aniyo.
Thank you.감사합니다. (F)Kamsahamnida. (F)
I am sorry.미안합니다. (F)Mianhamnida. (F)

Kisah KOREA 1 < SINI >

Kisah KOREA 2 < SINI >

Minta ampun yaaaa, cerita ngan gambar mmg beterabur pun. Faham2 sudah lah yerrrr. :))



2 comments:

  1. wahh..besnye dpt gi korea..trserempak ngn artis korea, kim slm kat diorg ea..hehe

    ReplyDelete
  2. teringin nak pergi korea.. boleh jumpa lee min ho.. hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah