Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

OMBAK RINDU di Filemkan

Haoi uolss , 


Hari nie nak share pasal novel yang akan di filem kan. YY mmg peminat novel. Dolu2 masa sekolah, masa belajar sesuka hati ja beli novel kan. Sampai melambak2 koleksi kat umah. Tapi bila dah keje sendirik, berkira-kira gak nak beli sebab dah tahu nilai duit. Dulu pakai duit Pa & Ma kan. Nampak sangat dulu boroskan , x fikir bila berbelanja. Kita kalau dah gian sangat nak baca novel, ke PNM lah jawab nyer. Kat Perpusatakan Negara sekarang dah x macam dulu tau, Banyak koleksi novel baru. Leh giler jap peminat novel, rasa nak baca semua ja.


So, kita baru ja tahu yang NOVEL OMBAK RINDU akan di filemkan. Novel ni adalah novel yang paling kita suka. Baca pun sampai berkali-kali. Padahal dah tahu pun jalan citer nyer.X bosan tau,tetap touching2 hokey. Sini sikit sinopsis OMBAK RINDU.




Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?



Hope bila di Filem kan, citer nyer akan best macam novel.




Senarai pelakon :

Izzah : Maya Karin

Hariz : Aaron Aziz

Mila : Lisa Surihani
Sufiah : Umie Aida



Filem+Ombak+Rindu Filem Ombak Rindu Adaptasi dari Novel Ombak Rindu


Boleh ke Maya Karin bawak watak Izzah eh. Sesama lah kita saksikan nanti bila muncul di pawagam. Sini sedikit picca dari Filem OMBAK RINDU






ombak+rindu3 Filem Ombak Rindu Adaptasi dari Novel Ombak Rindu


Ombak+Rindu2 Filem Ombak Rindu Adaptasi dari Novel Ombak Rindu


pernikahan+hariz+n+izzah Filem Ombak Rindu Adaptasi dari Novel Ombak Rindu


ombak+rindu1 Filem Ombak Rindu Adaptasi dari Novel Ombak Rindu

Bila dah kuar nanti, kita g tengok ramai2 yer. 

Ok, babai.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah