Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

:: DIBUNUH kerana TOLAK LAMARAN ::

ALOR SETAR: Akibat menolak lamaran untuk berkahwin, seorang siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, maut ditikam teman lelakinya dalam tragedi berdarah di sebuah rumah di Taman Mahkota, di sini, malam kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Ratna Sufizzahriyyanti Omar, 23, meninggal dunia di tempat kejadian apabila ditikam berkali-kali di badan, dada dan tangan dengan sebilah pisau oleh kekasihnya yang berusia 50-an.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Gurun, berkunjung ke rumah sewa suspek dipercayai untuk memutuskan hubungan mereka yang terjalin sejak enam tahun lalu.

Permintaan mangsa itu menyebabkan mereka bertengkar sehingga mendorong suspek mengambil pisau di dapur dan menikam mangsa berkali-kali.



Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di bandar raya ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi semalam.



DIPETIK DARI : HARIAN METRO

*******************************************************************

Hurmm, sangat x faham apabila sanggup membunuh bila kehendak tidak di penuhi. Senang nyer nyawa di ambil. Takut nya apabila kekadang akal mmg x dapat melakukan sesuatu yang waras bila nafsu menguasai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah