Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

:: Lepak lagi - SRJK (1) Di HATI ::

Lama sudah x buat aktiviti melepak dengan kengkwan nie. Mybe perubahan hormon menuntut untuk duduk rumah buat sementara ( eceehhh, ayat x leh blah ). So kengkawan zaman sekolah rendah dolu>>SRJK (1) -Sek. Ren. Jln. Kuantan (1) - alah sekolah kat sebelah tasik titiwangsa tuee telah membuat perancangan unutk ketemuan kerana salah seorang kawan iaitu TINA akan berangkat pulang ke Jeddah. Untuk makluman TINA bekerja sebagai Pramugari di SAUDI ARABIAN AIRLINES. Best kan dapat kerja di negara orang. Mengutip banyak pengalaman. Bercuti selama sebulan pulang ke Malaysia tapi baru nie dapat jumpa. Kunun2 sibuk sangat lah kan.

nampak meriah kan,.. mmg pun !!!
Linda, Elfe, Yana, Fizah
Elfe & Tina

Tempat pertemuan adalah tempat biasa di Platinum Walk - MaMa's Recipe. Janji kul 9mlm tapi biasa lah , janji melayu kan. Comfirm lah lambat suma eh. Ramai gak yang dapat menghadirkan diri. Riuh jadi nyer bila masing2 nak bagi cadangan untuk berkumpul dan bersukaria. Ada yang nak ke Langkawi lah, ada yang nak g PD lah, ada nak g Pulau lah, ada jugak yang bagi cadangan sampai ke Luar Negara. So, decide nak buat bulan 9 sebab masa tue TINA mungkin balik Malaysia lagi.

Elfe & Hubby
KamaL & Iela
Iela , Ajlan , Tina , Azlan
Azlan & Izaq
Azlan & Tina
Izaq & Julia
Ajlan

Borak punyer borak, Gelak punyer gelak. Kul 12 gak arr baru gerak balik. Tue pun sebab memikirkan esok pagi nyer adalah bekerja hokey !!! jgn berangan x tido sebab nanti keje x jalan bila mengantok tahap gaban. Yang penting pertalian yang terjalin sejak dari sekolah rendah masih diteruskan gara2 bertemu semula di atas bantuan Facebook. Hope kita kawan sampai bila-bila eh. Makner nyer kan, kami telah berkawan dari umor 7tahun dan sekarang masing2 dah masuk 3 series. Sangat lama kan, paling kagum bila semua masih ingat kenangan manis pahit masa sekolah rendah. Nama cikgu pun boleh ingat lagi. Ada jugak cikgu yang jumpa balik dalam facebook tau. Zaman sekolah dulu x sama dengan zaman budak2 sekarang bersekolah. Dulu lagi dah amal 1 Malaysia tau. Semua bangsa campur. Xder pun gado2 macam budak2 sekarang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah