Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

:: Berkongsi ILMU 4 - Ciri-ciri Lelaki Gentleman::


10 CIRI LELAKI GENTLEMAN

1.   BUKAKAN PINTU
      Hasil kajian yang dilakukan kepada ratusan responden wanita sebuah universiti di luar negara, lebih 90 peratus wanita mengakui, mereka mengidamkan lelaki gentlemen. Salah satu ciri lelaki begini ialah mereka akan membukakan pintu tidak kira di mana dan apa keadaan bagi memudahkan anda memasukinya. Bukan sahaja membuka pintu tetapi ia turut hadir dengan pakej senyuman menarik darinya. Sekali pun perkara ini nampak remeh tetapi hal inilah yang memikat hati wanita.


2.   PERKENALKAN DIRINYA.
      Ada lelaki yang suka bermain tarik tali tatkala memperkenalkan anda kepada sahabatnya, ahli keluarga dan sebagainya. Ini mungkin kerana mereka belum bersedia atau malu untuk mengakui hubungan anda. Tetapi bagi lelaki gentleman, mereka tidak segan silu memperkenalkan anda sebagai ratu hati nya. Tiada apa yang perlu disorokkan bagi mereka.


3.   BILA BERSAMA, DIA AKAN MEMATIKAN TELEFON BIMBITNYA.
       Ketika perbualan, sudah tentu banyak gangguan. Pasti ada saja bunyi deringan telefon dari rakan. Ia agak mengganggu tambahan pula kalau itu adalah pertemuan pertama bagi anda berdua. Lelaki yang menghormati wanita akan menutup telefon bimbitnya dan berbual dengan anda tanpa sebarang gangguan.



4.   MEMBERIKAN TEMPAT DUDUKNYA KEPADA ANDA.
      Inilah saat untuk anda melihat sama ada dia seorang lelaki yang baik atau tidak. Lelaki yang menghormati wanita, biasanya akan mendahulukan wanita dari pelbagai aspek. Ini termasuklah memberi tempat duduknya sendiri jika dia melihat anda berdiri dan tiada tempat duduk lain.


5.   BERIKAN JAKETNYA.
      Anda basah berdua di dalam hujan renyai. Kesejukan mencengkam tulang. Lelaki yang prihatin, biasanya akan memberikan jaket yang dipakainya bagi melindungi anda dari kesejukan. Kalau anda bertemu lelaki begini, dia memang sangat menghormati anda sebagai orang yang paling dekat dihatinya.


6.   SANGGUP MENEMANI
      Ramai lelaki yang lebih rela menunggu teman atau pasangannya di dalam kereta, di stesen LRT atau sebagainya dari memastikan keselamatan wanita sendiri. Mungkin lelaki beranggapan bahawa mereka sudah dewasa dan tahu menjaga diri sendiri. Tetapi bagi lelaki gentleman, mereka akan memastikan anda selamat segala - galanya.



7.   MEMAYUNGI SEPANJANG PERJALANAN.
      Ini satu lagi sikap romantis lelaki prihatin. Mereka biasanya akan melakukan apa saja untuk mencuri hati teman wanita atau pasangan. Kalau hujan, dia akan memayungi anda, sama juga kalau berjalan di hari yang panas, dia akan tetap setia memegang payungnya dan bukannya anda yang berbuat demikian. Romantis bukan, kalau sepanjang perjalanan itu, dia bercerita kisah - kisah lucu dan anda tertawa bersamanya.


8.    BERI ANDA DUDUK DAHULU
       Satu lagi ciri lelaki romantis ialah mereka akan menarik kerusi dan mempelawa anda akan duduk dahulu sebelum dia mengambil tempat. Ramai lelaki mengambil sikap sambil lewa perkara begini kerana bagi mereka, anda punya tangan dan kaki untuk menarik atau melangkah. Inilah salah satu kesilapan lelaki dalam mengambil hati pasangan. Tetapi bagi lelaki yang romantis mereka menyenangkan pasangannya dengan sikap - sikap mereka sehingga wanita terpesona dan jatuh cinta kepadanya.


9.   PELAJARI SOSIO BUDAYA PASANGAN
      Cinta  tidak mengira bangsa mahu pun agama. Ada pasangan yang berlainan budaya bersama kerana cinta. Tetapi bagi lelaki yang prihatin, mereka biasanya akan sedaya upaya membuat pasangan berasa bahagia bersamanya meski pun berlainan budaya, agama dan bangsa.



10.   JALAN BERDUAAN
        Paling utama bagi lelaki romantis, mereka akan menghargai anda sebagaimana mereka menjaga diri mereka sendiri. Dia sentiasa mendahulukan anda dalam apa saja. Berbahagialah bagi anda yang mendapat pasangan yang sangat memahami naluri anda sebagai seorang wanita.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah