Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

:: Berkongsi ILMU 1 | Membina Hubungan Berkualiti

12 CIRI MEMBINA HUBUNGAN BERKUALITI



1.   LAYANAN ISTIMEWA
      Suami adalah ketua keluarga, justeru anda harus memberikan layanan istimewa kepadanya. Biar dirinya tahu bahawa anda sangat menyayanginya dan tidak mahu kehilangannya. Sekiranya pasangan punya masalah, cubalah membantu atau paling tidak ringankan bebanan stresnya dengan cara menjadi pendengar setia serta membantu memberikan buah fikiran.




2.   KOMUNIKASI INTENSIF
      Pergunakan komunikasi canggih yang ada pada hari ini. Hubungi pasangan, kiriman SMS untuk bertanya perkembangan diri dan berbual seketika. Perbualan tak perlu panjang, jangan lebih dari lima minit agar tidak membosankan. Selain itu, hindari dari bertanyakan perkara yang sama berulang-ulang kerana ia membuat pasangan akan berasa jemu berbual dengan anda. Sekiranya anda mempunyai perkara yang baru dan menarik segera sampaikan kepada pasangan anda. Tapi jangan sampai memaksa pasangan berbual dengan anda sekiranya keadaannya tidak mengizinkan kerana ia akan membuatkan dirinya rasa terganggu.




3.   UNGKAPAN CINTA YANG IKHLAS
      Tidak perlu memberikan ungkapan cinta yang berlebih-lebihan kiranya anda tidak mampu membuktikannya. Tak perlu luahan kata - kata bombastik "demi cintamu akan kuredah lautan api" yang jelas nampak buat- buat. Kata - kata cinta biarlah ikhlas sehinggakan memberi kepercayaan kepada pasangan. Dalam pada itu luahan biarlah dengan pelbagai cara agar tidak dapat di jangka oleh pasangan.



4.   FAHAMI SIKAP PASANGAN
      Amati dan pelajari apa yang disukai dan tidak disukai pasangan. Sekiranya sudah mengetahuinya elakkan melakukan hal yang tidak disukai. Lakukan perkara yang disukai pasangan selagi tidak melanggar hukum agama, undang - undang dan tidak menyusahkan anda.





5.  JANGAN TERLALU BERKIRA
      Mengapa harus berkira dengan pasangan sendiri, kongsilah apa yang anda ada bersamanya. Biarpun lelaki yang selalu mengeluarkan wang, tapi tidak salahnya sewaktu makan bersama, menonton wayang dan sebagainya anda menguhulurkan belanja. Tiada salah nya anda bekorban untuk insan yang disayangi.



6.   HUBUNGAN KELUARGA YANG BAIK
      Sebaik anda mengambil keputusan berkahwin, bermakna anda bukan saja berkahwin dengan pasangan anada tapi juga kaum keluarganya. Sebagaimana anda menjaga hati pasangan anda, sebegitu jugalah anda harus menjaga hati kedua ibu bapa mentua dan adik-beradiknya. Banyak rumahtangga yang berdepan konflik gara - gara tidak menjaga perhubungan dengan keluarga mentua. Sekiranya ada masalah selesaikan dengan cara kekeluargaan.






7.   JUJUR DAN JADILAH DIRI SENDIRI
      Jadilah diri sendiri, jangan berpura - pura atau sikap hipokrit semata -mata untuk menyenangkan hati orang lain. Selain itu berpura - pura menjadi seorang yang sempurna kerana tiada yang sempurna di dalam dunia ini. Berlakon menjado seseorang yang bukan diri anda akan membuatkan diri anda terbeban. Lagipun, selama manakah anda harus berpura - pura berlakon? Biarlah pasangan tahu diri anda sebenarnya. Sekiranya dia menyayangi anda maka dia akan menerima anda seadanya. Begitu juga seharusnya sikap anda terhadap pasangan.




8.   JAGA EMOSI
      Tiada rumah tangga yang tidak berkonflik, sekiranya anda sedang berhadapan dengan situasi ini, jangan membalas dengan emosi. Gunakan keasanaran yang tinggi untuk meredam kemarahan pasangan. Sekiranya anda tidak suka dengan sikap pasangan yang mudah marah, terus terang dengannya. Begitu juga jika pasangan melakukan kesalahan, sekiranya anda marah jangan sampai berlebihan. Bawa bersabar, bertenang dan gunakan akal fikiran yang sihat untuk menangani masalah. Berbicaralah dengan lembut tapi tegas. Emosi marah yang meledak - ledak akan menyebabkan pasangan turut sama marah. Bila pasangan masing - masing beradu emosi, kesannya pasti berbahaya untuk perhubungan.



9.   SELESAIKAN MASALAH DENGAN CEPAT
      Bila anda dan pasangan berhadapan dengan masalah, jangan menunda-nunda mencari jalan penyelesaiannya. Jangan biarkan hubungan dingin hingga memberi peluang kepada pasangan mencari cinta yang lain. Sekiranya anda yang bersalah, minta maaf dari pasangan. Jangan terlalu ego dengan insan yang anda sayangi hingga sanggup membiarkan rumah tangga porak peranda kerananya. Pulihkan kembali perhubungan agar kembali mesra seperti sedia kala.




10.   JAGA KESETIAAN
        Ini adalah perkara yang paling penting dalam memastikan kelangsungan sebuah perkahwinan. Masing - masing harus mengetahui batapa hancurnya hati pasangan jika kesetiaan dikhianati. Oleh itu, jangan pernah cuba - cuba menduakan cinta.




11.   JANGAN MENGAWAL PERHUBUNGAN
        Hubungan tidak akan seimbang jika salah satu pasangan banyak mengawal perhubungan. Begitu juga bila salah seorang, baik suma atau isteri merasakan diri mereka lebih matang, pintar, lebih kaya dan sebagainya. Cari keseimbangan dalam perhubungan agar anda dan pasangan terasa lebih selesa bersama.





12.   LAKUKAN PERKARA YANG MEMBAHAGIAKAN
        Cipta sebanyak mungkin masa - masa bahagia dan mengembirakan bersam pasangan. Lakukan aktiviti yang membuatkan anda dan pasangan beras senang. Aktiviti pula tidak semestinya memakan belanja yang mahal. Antaranya anda boleh keluar bersantai di taman atau menonton wayang bersama. Ulangi masa - masa indah sebelum berkahwin agar cinta tetap subur di jiwa anda berdua.










    


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah