Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

:: Berkongsi ILMU 3 :: Dilema Di Alam Pertunangan

DILEMA DI ALAM PERTUNANGAN

1.   JANGAN MEMBERI TARIKH TEPAT 
      Memberi satu tarikh bermakna anda mahu atau tidak akan terpaksa melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang dijanjikan. Budaya orang melayu sering mengamalkan perkara ini di mana mereka awal - awal lagi sudah meletakkan satu tarikh dan dipersetujui kedua belah pihak.

       Kadangkala dugaan dan ujian datang tanpa kita sedar. Adakala nya tarikh yang sudah dijanjikan tidak dapat dilaksanakan kerana bebeapa sebab seperti kekurangan duit, pertukaran kerja, masa dan sebagai nya.

       Kebanyakan situasi memperlihatkan, wanita biasanya agak tertekan jika tarikh yang telah dipilih di tunda ka satu tarikh lain. Bagi mereka, is sesuatu yang memalukan di tambah-tambah jika sudah memberitahu kepada kawan - kawan dan sanak saudara.Lebih ditakuti jika pertunangan putus di tengah jalan disebabkan kehadiran orang orang lain.

       Kesan putus tunang ini sebenarnya lebih hebat jika dibandingkan dengan putus kasih. Ini kerana umpama satu tali yang anda pegang dan tali itu kemudian dilepaskan tanpa sebab munasabah. Kesan nya sangat mendalam dan luka nya juga parah. sudah pasti anda akan berasa kecewa teramat sangat.




2.    PERTUNANGAN MENGUBAH SEGALA-GALANYA.
       Semasa bercinta, anda mungkin bebas memilih siapa sahaja yang anda sukai. Ini realiti semasa i alam cinta kerana tidak terikat dengan sebarang komitmen. Tidak hanya lelaki, wanita juga bebas membuat pilihan siapa yang mereka suka kalau tidak berkenan pada mana - mana lelaki. Namun bila anda melangkah ke alam pertunangan, anda harus memberikan komitmen kerana anda telah mengikat sebelah dari kaki anda ke alam rumahtangga.

       Matanglah dalam berfikir, jangan terlalu mengikut kata hati siapa yang benar atau siapa yang salah tatkala anda berada di alam pertunangan. Paling penting, anda harus saling menghormati antara satu sama lain kerana ia adalah latihan untuk anda berdua dalam mengharungi alam rumahtangga.



3.   BERSEDIALAH DARI SEGI KEWANGAN
      Perkahwinan zaman dahulu sangat berbeza dengan sekarang. Kalau dulu hantarannya sangat rendah tapi sekarang RM10,000 dikira sama dengan RM1,000 pada zaman dahulu. Justeru itu, anda harus bersedia dari segi kewangan.

      Tidak dinafikan, ada pasangan yang terpaksa membuat pinjaman untuk berkahwin bagaimanapun ia bukanlah tindakan yang bijak. Anda akan berhutang sekali pun sudah punya anak dua atau tiga.

      Justeru itu, bersedialah dari segi kewangan kerana banyak yang diperlukan selepas berumahtangga. Menyimpan lah dari sekarang jika anda sudah bersedia mlangkah ke alam perkahwinan.



4.   DALAMI ILMU KEIBUBAPAAN
      Dalam hangat bercinta anda tidak seharusnya melupakan keluarga kerana tanpa restu mereka, hubungan anda mungkin akan tidak bahagia. Dalami ilmu kekeluargaan kerana tanpa ilmu ini, anda mungkin tidak tahan cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Tidak dinafikan, ada suami isteri yang bercerai - berai kerana taiada persefahaman. Insya'allah. kalau ilmu keibubapaan ini sudah ada dalam diri dan anda menerapnya, hubungan anda dengan pasangan akan kekal bahagia hingga hujung nyawa. Perkahwinan bukan satu keseronokkan sebaliknya ia membentuk jati diri. Tanggungjawab anda sangat besar apabila memikul gelaran suami atau isteri orang.








4 comments:

  1. bertunang bukan macam bercinta boleh break lepas tu sampung balik ikut sesuka hati..

    ReplyDelete
  2. betul,... betul,.. betul,.. bila tukar status, perubahan terasa,..!!! dah ada komitmen yang nak kena fikir,..!!!

    ReplyDelete
  3. Sy bakal brtunang next month. Seriously rase takut gak. Komitmen semakin tggi, n mmg kne makin matang kalo de prob.xblh pk emosi je,kne pk everything. Btw,nice entry..;-)

    ReplyDelete
  4. owh.. mcm tu...
    semoga dijadikan pengajaran..
    INSYA ALLAh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah