Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Diari seorang ibu : Tahnik @ Belah Mulut Qaireen


Assalammualaikum,


Korang tau tak apa tue Tahnik . Bahasa kampungnya belah mulut . YY memula tak tau gak , tapi lepas dengar ceramah baru YY tahu apa itu Tahnik . Tahnik ataupun belah mulut merupakan satu amalan sunnah Nabi saw yang sunat dikerjakan ketika seseorang anak itu lahir.


Pada asasnya, bayi yang baru dilahirkan akan disapukan pada lelangit mulutnya sedikit buah kurma yang direndam dalam air zam-zam . Ia boleh dilakukan oleh ibu bapa kanak-kanak itu atau dibawa ke rumah orang-orang yang dianggap soleh untuk ditahnikkan, kerana anak-anak yang lahir di zaman Nabi Muhammad saw membawa anak-anak mereka itu kepada Nabi saw untuk ditahnik oleh baginda.

Di antara hikmahnya ialah:-

  • menguatkan lidah dan mulut dan bersedia untuk menyusu.
  • dan dapat mengambil berkat dari orang-orang yang soleh mudah-mudahan kanak-kanak itu akan turut menjadi orang soleh apabila dia dewasa.

Ia sunat dilakukan dengan buah kurma kerana mengikut amalan Nabi saw dan jika tiada buah kurma boleh digantikan dengan makanan-makanan lembut yang manis. Elakkan menggunakan makanan yang dimasak.



Tahnik @ Belah Mulut

BFF yang datang ke Majlis Kesyukuran untuk Qaireen



So, YY memang dah berniat nak buat Tahnik bila baby dah lahir . Alang – alang ibu nak buat kenduri , tumpang lah sekali . Lagi pun , ibu yang tak tau pasal tahnik beria citer kat YY ada ustaz nak Tahnik kan Qaireen . Eh, macam tau – tau jer . Ibu siap tanya YY lagi tahnik tue apa , maklum lah zaman kitaorang kekechik dulu mana nak ada .




Masa ustaz duk tahnik kan Qaireen , ramai betul penonton. Rupanya ramai dikalangan jiran – jiran dan sedara – mara sendiri tak pernah tgk amalan Tahnik nie . YY pun teruja gak . Dengan menggunakan kurma , madu dan air zam – zam yang di masukkan ke dalam mulut baby . Sambil tue ada lah doa yang ustaz baca , siap sebut nama baby lagi .



Video ustaz Tahnik kan Nur Qaireen Iman


Abah lah yang pegang Qaireen, di tonton oleh pakcik – pakcik cilik Qaireen



Tahnik nie seelok-eloknya dilakukan oleh orang alim atau ustaz . Lagi bagus kalau tak merokok . Yer lah , kalau korang tengok video yang YY rakam masa Qaireen di Tahnik, mesti korang faham maksud YY . Lepas Tahnik kan Qaireen, ada beberapa pakcik mintak ustaz buatkan pada cucu diorang . Kebetulan pulak kawasan rumah YY memang ramai gak yang baru bersalin .



Tahnik @ Belah Mulut



Masa YY kat ward masa lepas bersalin kan Qaireen , orang katil depan YY awal – awal lagi dah tahnik kan baby nya . Ada sorang Ustaz nie siap datang kat hospital lagi . So, lepas nie boleh lah korang tahnik kan baby korang kan .




Tahnik @ Belah Mulut

Adik Bongsu YY , First Time dukung Baby Smile




p/s : adakah sebab bertahnik, Qaireen kuat betul membebel sekarang . Walaupun x faham bahasa baby .

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah