Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem CEO | Sinopsis & Trailer


Assalammualaikum,


Filem CEO ? Mesti korang ingat Filem nie berkisar pasal ahli koprat , orang – orang kaya , past tue ada orang miskin teraniaya . Hurmmm, korang silap. Filem CEO nie memang best giler kot , pelakon Remy Ishak , Beto Kusyairi dan Christine Suzanne . Gabungan 3 pelakon hebat dan di bantu oleh Jalaluddin Hassan dan Deanna Yusof . Filem CEo Penuh dengan pengajaran dan lawak yang akan buat korang tak kering gusi . Pengambaran telah berlangsung selama 30 hari yang bermula 15 Jun, 2013 sehingga 15 Julai, 2013 yang telah menelan belanja lebih kurang 1.8 juta dan pengambarannya dijalankan di sekitar Kuala Lumpur.



Poster Filem CEO



Sinopsis Filem


CEO mengisahkan dua lelaki yang berada di berlainan ‘dunia’. Adam (Remy Ishak) adalah seorang CEO dalam sebuah empayar korporat yang berjaya. Sufian (Beto Kusyairy) seorang penghantar pizza yang cita-cita jangka panjangnya adalah mahu bermain pool selepas waktu bekerja.


 
Filem CEO Malaysia 102


 
Filem CEO Malaysia 108



 
Dua dunia ini tidak sepatutnya bercantum. Namun, satu insiden menyebabkan hidup dua lelaki ini berubah 360 darjah. Adam hilang segala-galanya selepas satu kes pecah amanah. Dia hilang jawatan, status, rumah mewah dan tunang. Sufian pula tidak menyangka dia dapat syurga dunia. Dia diberikan jawatan tertinggi, syarikat, rumah mewah, harta dan segala kemewahan yang tidak pernah difikirkan.
 



Filem CEO Malaysia 113


 
Filem CEO Malaysia 120


 
Adam keliru dengan apa yang terjadi. Dia bertekad nak menggali siapa dalang kejatuhannya. Sufian juga keliru, tapi dia tidak bertekad apa-apa sebab – orang memberi, kita merasa, buat apa nak banyak tanya.


 
Filem CEO Malaysia 115Filem CEO Malaysia 103


Namun, ada misteri di sebalik apa yang berlaku. Adam dan Sufian akan berdepan dengan misteri itu.
 

 
TRAILER



 
 
REVIEW :

Filem CEO memang banyak pengajaran . Walaupun ada lawak , tapi dalam lawak sebenarnya banyak pengajaran yang hendak di sampaikan .


Filem ini menceritakan mengenai jalan kehidupan setiap manusia yang tidakakan kekal selamanya, seperti roda yang akan sentiasa berputar. Setiap orang perlu mempunyai kecekalan semasa menempuhi kesukaran hidup, mempunyai jati diri dan bijak mengatur langkah seterusnya.


Sungguh pun filem ini mempunyai tema yang serius tetap ia sebenarnya sebuah filem smart comedy yang menggunakan dialog-dialog lucu tapi bermakna. Pelakon-pelakon yang membarisi filem ini ialah antara yang terbaik di Malaysia dan mereka juga telah memberikan yang terbaik untuk filem ini.


Penampilan Pelakon baru Anaz Ridhuan memang thorbaik lah . Bukan setakat menyanyi rupanya , melawak dan berlakon pun boleh . Kira Filem CEO YY kategori sebagai Filem wajib tonton .


 
Bintang :  5/5 Bintang


 
Jangan lupa ajak semua kaum kerabat , kengkawan , keluarga , sanak saudara menonton Filem CEO bermula 12 Jun 2014 di pawagam berhampiran korang k . “ Semua Orang Nak Jadi Bos ” tagline yang memang impian semua orang kan .


 
******************************************************************

Sekitar Malam Pra Tonton Media Filem CEO

 
Filem CEO Malaysia600


 
 
Filem CEO Malaysia Cristane Suzanne

Cristine Suzanne 
 
 
Filem CEO Malaysia608

 
Filem CEO Malaysia Beto Kusyairi



 
Filem CEO Malaysia606

Sidang Media Selepas Tayangan Filem CEO 
 
 
Filem CEO Malaysia615


 
P/S : Jangan lupa tau menonton Filem CEO , bagi YY memang best gilerrr .





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah