Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Cik Epal dah jadi Puan Epal weiii :)


Assalammualaikum,


Lepas sorang, sorang tukor status jadi Puan Isteri . Ahad baru ni YY berkesempatan ke Majlis Perkahwinan Blogger Pemes Cik Epal . Awal lagi kad Jemputan dah sampai kat rumah . Niat hati nak pergi dengan En. Suami, sekali apa kan daya En. Suami kena keje plak. So, menerjah sengsorang lah gamak nya . Bukan jauh pun, kat Shah Alam jer , lagi pun YY dah pernah sampai dewan Majlis Cik Epal nie, sama dengan dewan MIG Buat Jamuan Raya Cina dulu .



Sampai jer , di sambut oleh ibu dan ayah Cik Epal . Sweet jer diorang pakai oren . Eh , Yer ke Oren . Kekadang rabun warna gak YY . Ibu Cik Epal siap pesan , karang tunggu pengantin yer . Pengantin nak amik gambor ngan blogger .  Maklum lah datang sengsorang, so pepandai lah bawak diri . Terus duk makan, kebetulan Sepet dan Qery baru sampai, jadi kitaorang makan semeja . Tengah makan tu lah pengantin pun sampai .



IMG_3104[1]

Pelamin indah Cik Epal




IMG_3085[1]

Pengantin berarak ke Pelamin




Cun wei Cik Epal , Dah ler majlis banyak bunga2 gitueee. Cantik sangat . Bunga dari kertas tisu tuee . Cik Epal plak dah slim melim, memang cun lah , warna baju pengantin pun swet sangat .Bila pengantin dah bersanding , makan dah settle baru leh cari kengkawan . Kalau x terkial gak sengsorang x tau nak buat apa. Sekali ternampak Namee Roslan . Tup tup muncul plak Pen Merah . Lepas tue dah makin ramai yang ada memeriah kan tempat kitaorang lepak bebetul sebelah photobooth di hari Majlis .



IMG_3089[1]

Pengantin Bersanding




Meriah – meriah sangat . Pandang sana – sini semua blogger . Dah macam reunion blogger pun ya jugak . Dah Cik Epal kan Blogger pemes , so memang ramai lah kawan – kawan blogger kan . Antara yang YY jumpa Namee Roslan , Pen Merah , kak Red Mummy , Ujang dan Yana termasuk si kenit Zafirah , Fatin Suhana , Ieda dan Iena Mansor , Fana , Ceera Noh , Syafiqah dan  eh ramai lagi lah . Nak list semua pun memang ramai bebenor blogger yang hadir .



IMG_3097[1]

Blogger Kak Red Mummy , YY , Namee dan Pen Merah





IMG_3095[1]IMG_3134[1]

Kak Red Mummy             &               Fatin Suhana



IMG_3143[1]

Selfie Time




IMG_3156[1]

Kengkawan Blogger lagiiii . Credit Gambor i phone Yana Ujang 



Bila pengantin dah mula makan, ujang ngan Namee ajak terjah bergambor ngan pengantin . Biasa lah blogger kan , bab bergambar memang nombor satu . Seronok tgk pasangan penagntin yang memang sporting giler bab bergambar , macam – macam aksi dan ekspresi ada . Cecantik plak tue . The best part siap ada live update di sepanjang Majlis Pernikahan dan persandingan di Instagram Cik Epal . Boleh cari Hashtag #AmiEpalBinaMasjid . Cute kan hashtag .



IMG_3145[1]


Giler – Giler Pengantin , Tahniah .




IMG_3110[1]

Selfie dengan pengantin




Bila dah giler bergambar , last2 tinggal YY dengan Namee jer . Yang lain semua dah balik . So kitaorang pun nak beransur gak lah . So, bila nak balik tu Namee ajak pulak bergambor kat plamin nikah Cik Epal . Kalau korang nak tahu , Untuk Majlis Nikah kat bawah , Majlis sanding kat atas . Dewan nie 2 tingkat . Jadi balik tue siap singgah posing kat pelamin nikah , sempat jugak lah cuci mata tengok hantaran Cik Epal .



IMG_3131[1]

Terjah pengantin tengah makan




IMG_3116[1]

Blur plak gambor, guna phone.



Terima Kasih Cik Epal yang dah kena tuko Puan Epal pulak kerna sudi jemput YY ke Majlis gilang gemilang nie. Memang happening sangat , pengantin pun sweet . Memula dulu baca Blog Cik Epal jer, jadi silent reader . Tak sangka lelama jadi kawan di alam realiti . Blogging pun boleh buat kita kenal ramai kawan baru .



IMG_3129[1]

Pelamin indah pernikahan Cik Epal



IMG_3123[1]IMG_3124[1]


Hantaran lelaki dan prempuan . Comel sungguh tang kek tuee




IMG_3147[1]

‘SEHAT’ nyaa sayaaaaa Smile with tongue out



Semoga ikatan Perkahwinan Cik Epal dan Suami berkekalan hingga ke Jannah . Tabah lah menghadapi dugaan di alam rumahtangga . Eceeh, YY baru kawin 5 bulan kot, kemain nasihat orang kan . *pitam . Senang kan buat Majlis sehari jer , Pagi nikah Terus sanding tengahari tue. Sama cam YY Kawin hari tue. Eceeeh, nak sama ajer. 






P/S : Tahun nie berlawan blogger kawin, bulan 8 nie ada blogger pemes nak kawin gak, tungguuuuuuuuuu




Jom Follow 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah