Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Menu Istimewa Ramadan di Fish & Co.


Assalammualaikum,



Hai korang peminat ikan . Eh dah kenapa citer pasal ikan pulak kan . Korang tahu tak Fish & Co. Alah , satu lagi tempat makan best dan sedap menyediakan hidangan berasaskan ikan. Baru – baru nie YY berkesempatan mencuba menu – menu istimewa yang akan di sediakan sepanjang ramadan tahun nie. Fuhh !!! bab makan memang lah YY suka terlebih kan . Mana boleh lepaskan peluang .







Fish & Co Malaysia

Kemeriah Ramadan Food Review Fish & Co




Fish & Co Malaysia

Acara di Hoskan oleh Dollah Chantek , memang happening uolsss .




Bayangkan , sambil korang berbuka puasa decoration kat Fish & Co buat korang rasa macam nak raya dah . Demam raya gituee dengan hiasan Ketupat dan pelita . Ramai tau yang datang memeriahkan Food Review Fish & Co nie, ada bloggers dan Selebriti seperti Dato’ Fazley Yaakob juara Master Chef Selebriti tempat pertama , pejuang MIMMA Peter Davis dan Dolah Chantek sebagai hos Majlis pada hari berkenaan.


Fish & Co Malaysia

Setiap Meja ada header Blog memasing , ini Blogger yang semeja dengan YY .

SizzlingSuzai , YY , Yuyu Zulaikha , Shakiddo




Fish & Co Malaysia

YY dan Blogger Yuyu Zulaikha




Fish & Co Malaysia

Chef Fish & Co bersama Dato’ Fazley Yaakob




Menu istimewa Ramadan kali nie ada 2 hidangan utama ‘seafood in a pan’ iaitu Grilled Peri – Peri Chicken bersama Arthic Fish dan Seasonal Catch dengan pilihan sambal dan Sos Teriyaki pedas . Bila ada makanan, kena lah ada minuman kan . Minuman yang menyegarkan tanpa alkohol mocktails Summer Coolers termasuk pencuci mulut yang sedap giler hirisan triple Kek Coklat . Menaip nie pun masih terbayang kesedapan pencuci mulut Kek Coklat yang cair di mulut. Yummeeehhhhh !!!! Hidangan nie semua cuma RM 64.95 untuk 2 orang . Banyak jimat wooo , macam – macam dapat . Eh, korang boleh jugak buat penambahan Udang goreng yang rangup dan mengancam malatop kat mulut dengan hanya RM 8.95 .




Fish & Co Malaysia

Grilled Peri – Peri Chicken with Arctic Fish




Fish & Co Malaysia

Seasonal Catch with Sambal Sauce




Fish & Co Malaysia

Mocktails Summer Coolers





Fish & Co Malaysia

Triple Kek Coklat



Semua set diatas cuma RM 64.95






Fish & Co Malaysia

Top up dengan Prawn Fritters ( 5 Psc ) cuma RM 8.95 .




Meh layan Video Instagram sebelum menikmati hidangan .




Bukan setakat makan jer dapat tau , siap ada cabutan nombor bertuah lagi . Ada 4 pemenang bertuah yang berpeluang memenangi hadiah bertuah monopod dengan kawalan jauh bluetooth dan Beats headphones . Bukan setakat yang menang bertuah , semua yang hadir pun dapat buah tangan istimewa dari Fish & Co seperti edisi terhad Fish & Co Coaster , Sampul duit raya Fish & Co dan Voucher Makan Fish & Co .



Fish & Co Malaysia

Salah seorang pemenang hadiah cabutan bertuah .




Fish & Co Malaysia

Nampak tak keterujaan wajah kami dapat menikmati
hidangan Ramadan Istimewa Fish & Co


Fish & Co MalaysiaFish & Co Malaysia

Kemain bersepah lagi makan , sebab sedap sangat kan . Berbaloi dan kenyang .




Fish & Co MalaysiaFish & Co Malaysia

Ini Kek Coklat yang Paling lazat pernah YY rasa .



Menu istimewa Ramadan di Fish & Co terdapat di cawangan Fish & Co :


One Utama Shopping Centre
LG 350, Lower Ground Floor,
Lebuh Bandar Utama,
Selangor D. Ehsan.
Tel: +6 03 7722 4928



 
Paradigm Mall
CF-53 Paradigm Mall,
No. 1, SS7/26A, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya.
Tel: + 6 03 7491 0809
 


Pavilion KL (with alfresco dining)
Lot No. C4.02.00,
Level 4, Pavilion Kuala Lumpur,
168, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
Tel: + 6 03 2141 1350
 


The Mines
Lot L1-100*102,
The Mines, Jalan Dulang,
MINES Resort City,
43300 Seri Kembangan.
Tel: + 6 03 8958 5856




Hidangan istimewa ini boleh di dapati sepanjang ramadan sehingga 27 Julai 2014.


Fish & Co Malaysia

Semua yang hadir di Ramadan Food Review Fish & Co.

TERIMA KASIH FISH & CO .


Setiap Pembelian Set Ramadan ( bermula 1 Julai 2014 )  akan mendapat paket Sampul Duit Raya Khas Fish & Co ( sementara stok masih ada ) .


Maklumat lanjut boleh ke :


  • Twitter: @FishNCoMY


    P/S : Bulan Ramadan selalu rasa nak makan memacam kan sebelum berbuka .








    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah