Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

RACTAR | Syukuri Ramadan 2011

Assalammualaikum *__*,

Hokey, YY nak sambung kisah kat SINI. YY dapat jemputan sebab jadi pemenang bertuah paper Harian Metro.So, balik je keje terus menuju ke Subang. Awal2 lagi YY dah cari plan nak g kat google. Nasib ler ada alternatif lalu lebuhraya yang x sesak sangat. Dalam kul 6ptg YY sampai di RACTAR.YY ber car pool dengan Siti. Yer lah, kalau sekereta payah pulak, YY balik setapak, Siti plak balik S.alam kan.

Lepas pendaftaran, kitaorg pun lepak lah kat tempat yg di sediakan. Sementara nak menunggu waktu berbuka. Dalam duk melepak si Mursyid ( wartawan METRO ) sibuk lah suh kitaorg amik gambar ngan artis yg ada. Kalau ikut hati malas lagi, lum ada mood nak amik gambar. Tapi bila si Mursyid siap panggil Atilia suh bergambar ngan kitaorang, YY layan kan aje.

Masuk ja waktu, AZAN di laungkan oleh salah seorang anggota kumpulan RAIHAN. Syahduuuu ja. Lunak nyer suara laungan azan yang berkumandang. Menu yang disediakan adalah nasi briani dan lauk-pauk yang agak lazat jugak lah.

Azan dari salah seorang anggota kumpulan Raihan.

Pinggan YY, Halamak penuh nyerrr

nie selera SITI

Atas meja memang penuh ngan produk Mamee, kata penaja majlis kan.


Lepas solat, acara di mulakan . Hos oleh Didie Alias. Mmg lawak dan sesuai sangat kak Didie jd hos. Buat semua tetamu pecah perut. Persembahan dari artis2 baru Wake The Baby ( Ajai ), Ana Rafali , Raihan, Atilia & Monoluqe. The best show bila ana rafali menyanyi di iringi adik2 dari ractar. Diowg siap dah standby tarian untuk lagu 'kalau berpacaran'. Sweet sangat bila si kechil menari lompat2 boleh ikut lagu lagi. Siap Didie Alias pun join sama.

 Artis Wake The Baby






Akhir sekali, acara sumbangan duit raya buat warga RACTAR. YY pun dapat ole2 jugak dari penaja Majlis Mamee. Wowww, banyak  stok maggie kat umah YY. Nampak nyer lepas puasa leh jimat blasah maggie jaa. Hahahahahha !!!

ole2 dari MAMEE, berbentuk ketupat uolsss

Nie lah Picca yang masuk Paper Metro hari nieee

SITI & YY


Sebenarnya YY blur nak bercerita nie. Kalau nak tahu detail lagi pasal majlis nie, Boleh terjah ke SINI.



p/s : picca kat RACTAR kuar paper Metro hari nie ( 17.08.11 ) laaah. Dah rasa macam retis,.. weeeeeeeeee :).





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah