Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

15 RAMADAN BERBUKA di RACTAR | Apa tueee ??

Assalammualaikum *__*,

Alhamdulillah, dah 16 hari kita berpuasa.Haaa, nak citer nie, semalam YY berbuka di RACTAR. korunk tahu apakah itu. Meh sini nak story sikit. YY amik detail dari http://ractar.blogspot.com



PERTUBUHAN RUMAH AMAL CAHAYA TENGKU AMPUAN RAHIMAH (RACTAR)
Lot. 746 Jalan USJ 1/18
47600 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel/Fax : 03-56312664
e-mail : ractarku@tm.net.my
website : www.ractar.org.my

LATAR BELAKANG RACTAR

Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Selangor Darul Ehsan (RACTAR). ialah sebuah rumah amal yang menempatkan anak-anak perempuan yatim, miskin dan terbiar dari berbilang kaum rakyat Malaysia. RACTAR telah ditubuhkan pada 19 Jun 1990 dan diterajui oleh YAM Puan Seri Datin Seri Tengku Puteri Nor Zehan Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Beliau dan beberapa orang sukarelawan tulus ikhlas ingin melihat kanak-kanak yang kurang bernasib baik mendapat mendapat perlindungan dan pendidikan sewajarnya.
Pada tahun 1993 bangunan yang berharga RM 1.3 juta telah siap dibina hasil sumbangan ahli-ahli korporat, syarikat-syarikat dan individu dermawan. Pada bulan Februari 1993 RACTAR telah membuka permohonan dan menawarkan tempat kepada anak-anak yang layak untuk tinggal di rumah amal ini. Mereka ini dirujuk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pada tahun 1996 RACTAR telah membuka sebuah Bengkel Jahitan di mana remaja-remaja yang tidak berkemampuan atau tidak dapat melanjutkan pelajaran digalakkan untuk memohon mengikuti kursus jahitan di Bengkel Jahitan ini. Kursus percuma yang dianjurkan ini adalah untuk jangkamasa setahun. diakhir kursus ini mereka akan di berikan sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Selangor Darul Ehsan.

Sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), sumber kewangannya bergantung kepada sumbangan orang ramai, syarikat-syarikat dan badan-badan korporat dimana sumbangan yang yang diterima tidak konsisten. Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi geran tahunan sebanyak RM 8.00 sehari untuk setiap seorang penghuni (anak-anak yatim sahaja).

Sehingga kini RACTAR mempunyai 50 orang penghuni dimana 41 adalah pelajar sekolah dan 9 adalah peserta Bengkel Jahitan.



***********************************************************************

Acara berbuka nie di taja oleh Mamee dan Wake The Baby ( syarikat rakaman Ajai ). Artis-artis yang terlibat Ana Rafali, Atilia , Monoloq, Raihan dan artis2 baru dari Wake The Baby.

YY nak citer panjang lagi, tapi dah masuk waktu keje lah pulak. Nanti YY sambung balik eh.


~~~ BERSAMBUNG






1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah