Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

INFO SIHAT | cara mudah bakar kalori



1        MINUM AIR SEJUK
Minum air lapan gelas sehari. Memang inilah yang anda amalkan. Tidak salah lagi. Apa kata anda cuba tukarkan air suam atau air masak yang sering anda minum kepada air sejuk. Minum air sejuk lapan gelas sehari akan membakar lebih banyak kalori berbanding air dengan suhu biasa. Kajian juga menunjukkan bahawa minum air mampu meningkatkan proses metabolisme, baik untuk mereka yang sedang dalam usaha menurunkan berat badan. Semakin banyak air yang anda, minum semakin kurang potensi lemak berkumpul di dalam tubuh anda. Jadi, minumlah lebih banyak air terutama air sejuk sehingga dapat membakar lebih banyak lemak dalam tubuh.

2.       BERJALAN CEPAT, KEMUDIAN BERJALAN LAMBAT
Lakukan sedikit kerja – kerja rumah dan rajin – rajinlah memanfaatkan tangga di dalam rumah anda. Turun naik tangga akan membuat tubuh mengguna lebih banyak otot. Lakukan ia dengan cepat selama 10saat, dan perlahankan kembali langkah anda. Ulangi cara ini berkali – kali agar dapat membantu otot anda lebih relak dan elastic selain dapar menjadikan metabolism lebih fleksibel. Seterusnya juga, dapat membakar lebih banyak kalori.

3.       MAKAN MAKANAN KAYA PROTEIN
Tubuh anda akan menggunakan lebih banyak kalori untuk mengubah protein menjadi karbohidrat. Misalnya, jika anda mekan makanan yang mengandungi 600 kalori protein , anda akan membakar sekitar 180 kalori. Ini bererti, jumlah kalori yang terserap di dalam tubuh 30peratus lebih sedikit.

4.       MAKAN MAKANAN PEDAS
Makanan pedas dapat membuat sel – sel lemak lebih responsive dan membantu penurunan berta badan. Makanan pedas juga boleh membuat anda minum banyak air. Kopi dengan jumlah yang sederhana juga dapat membantu anda membakar kalori sehingga 10 peratus, namun janganlah minum kopi dengan gula, susu ataupun krim.



5.       OLAHRAGA
Tidak dapat dinafikan lagi olahraga begitu banyak membantu anda membakar kalori di dalam tubuh. Jenis latihan yang banyak menggerakkan lengan dan kaki adalah antara latihan olahraga yang sangat efektif untuk membakar kalori dengan banyak. Orang yang sering duduk rata – rata 150minit setiap hari lebih sukar untuk membakar lemak. Jadi, daripada duduk sesekali cubalah ubah posisi duduk dan upayakan untuk sentiasa bergerak.

6.       KUNYAH GULA – GULA GETAH
Melihat iklandi tv perihal gula – gula getah membuatkan anda berasa tidak munasabah sekali bila dikaitkan ia boleh dijadikan sebagai senaman ringan. Namun reality nya mengunyah gula – gula getah dapat membakar 11 kalori per jam. Untuk menghindari pemanis buatan agar selamat untuk mereka yang sedang menjaga berat badan, bolehlah mencari gula – gula getah yang tidak mempunyai pemanis buatan.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah